30 November 2011

~ Penghujung Cintaku ~

Penghujung Cintaku

Adelia ft Pasha Ungu


Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu



Lagu yang aku suka...=)

untuk kamu en.asben..
layan kan aje isteri mu yang jiwang di petang Khamis nih..
busan..cepat la pulang..( T___T)

WW ~ Terima Kasih ~

ai..

hari ni baru genap 2 minggu blog yang dah lama sepi aktif balik..




tak sangaka lak dapat nih..

yang semalam

yang pagi ni lak..dah 3..hehe



Terima Kasih

NUFFNANG

WW ~

Assalamualaikum..


apakah???






*

*

*

*

*

*

*

*

*


Kitty Dimple Pillow

Blanket





jom shopping kat OneBabyWorld

SALE

15 Nov - 2 Jan


(^________________^)

29 November 2011

Best atau Tidak..tunggu aje~~

hi mommies...

hari ni tak ade cerita mak-mak yer..=)

Khamis ni 1 Disember..so, what??hehe..sebenarnya aku tak sabar nak tunggu filem Ombak Rindu...mesti ramai dah tau filem ni adaptasi dari novel Fauziah Ashari..sesape hantu novel cam aku nih, sure dah penah baca..bukan sekali dua..tapi dah berulang kali...cerita yang sangat best..tapi tu kat dalam novel lah...untuk filemnya nanti, aku tak sure mampu atau tidak se'best' novel..

Ombak Rindu.gif

Novel Ombak Rindu

bukan apa...kuciwa daku masa tengok Lagenda Budak Setan dulu..tak menusuk di kalbu langsung tengok filem 2...tak de jiwa Kasyah dalam Farid Kamil..tapi biar la..cerita tu da lepas..

tapi Ombak Rindu ni pun bawah penerbit yang sama dengan LBS, cuma harap tak hancur la jalan ceritanya sebab pengarah dia lain, Osman Ali..pengarah filem CUN..sebab cerita CUN aku suka, aku harap OR pun best jugak di bawah pengarahannya..

bagi aku novel yang diangkat ke layar, iaitu gabungan 3 karya Sharifah Abu Salem dalam drama Trilogi Cinta...memang best...dialog diorang boleh dikatakan hampir sama dengan novel..mayb sebab drama episod kot..sebab 2 tak yah nak short cut kan ceritanye...ye dak..

cewah, kemain lagi aku dok cerita filem bagai, macam la pandai sangat nak komen filem orang..cuma aku sebagai penonton dan peminat novel, berharap filem OR tak menghampakan..

anyway, GOOD LUCK OMBAK RINDU!


Sinopsis Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Sumber: LimauAis

28 November 2011

~Selamat Pengantin Baru~

Assalamualaikum...

Sabtu lepas kazen aku kawen...sedih tak dapat balik tahu...sob..sob..sob..jauh kot utara selatan..dengan keadaan peyut yang membesar, nak duduk dalam kereta lama2..memang azab la rasanya..so, kami suami isteri decide nak g sebelah husband nye aje 3 Dis ni kat KL...dekat sikit..harap2 en. suami dapat la cuti..

aku hanya cuci mata je la tengok gambaq kawen dia..jom kita layanzz~~~

Pn. Ain & En. Faiz


cantikkan hijau nih..

my big Family...miszz semua...espcly, my mom yang berdiri kat depan 2..

untuk ain & Faiz


~SELAMAT PENGANTIN BARU~

27 November 2011

~1 Muharram 1433H~

Assalamualaikum w.b.t.


~Salam Maal Hijrah~




Selamat Tahun Baru..
1 Muharram 1433H..

Semoga tahun baru kali ini membawa seribu rahmat kepada kita semua. Sama-samalah kita berhijrah ke arah kebaikan dan kehidupan yang lebih baik serta diredhai Allah s.w.t. Moga azam kita pada tahun baru Islam ni dapat ditunaikan.

26 November 2011

~Tilam Kekabu untuk Si Kecik~

Hi..

Zaman sekarang ni kalau kita rajin godek2 blog ke FB ke, mesti jumpa barang yang kita berkenan dengan harga yang sangat berbaloi kan?? Bab tilam baby ni, aku de terfikir nak beli terus je kat kedai atau online..aku survey dulu..kalau tak berkenan satu pun kat online nak rembat je kat kedai last minit nanti..tapi dengan usaha yang gigih, jumpa juga..yeaayyy!

Dulu masa adik ipar aku bersalin, aku tempah kat akak ni Junita Khalid


Puas hati, besar..mak baby pun leh tumpang tido.. =)

Harga : RM 218 termasuk pos.


Anak sedara aku si Alif Danial Sham


Selain tilam baby, macam2 lagi ada..korang jenguk la FB akak ni...rambang mata..

*Gambar di atas dari FB Junita Khalid

Untuk baby aku lak, aku tak tempah kat akak ni, aku cuba survey yang lain..sebabnya aku cari corak Mickey Mouse..aku penggemar setia kartun tu..bila dah nak ada anak ni, memang berangan nak barang baby suma mickey la..hurmm..berangan ja lebih kalau ko nak complete semua barang baby dengan mickey mouse..kopak laki den..hehe

last, jumpa juga..

tilam baby dia cute-cute..harga pun berbaloi..aku tempah awal bulan ni, tapi minta akak tu hantar awal Disember..so, masih belum ditangan aku..

Diantara tilam-tilam yang aku berkenan

Cute kan?

Sila la jenguk FB ni..


Tilam baby aku?
Kan lom sampai..nanti dah sampai aku update lain..hehe..

~bubai~

~Petua Mudah Bersalin~

Assalamualaikum...

Dah semakin dekat nak bersalin ni, macam2 cari petua ke tips ke untuk mudah bersalin..
dari segi makanan, amalan seharian hinggalah doa2 untuk mudah bersalin..
sume aku cari info-info yang dapat membantu..
insyaAllah kita berusaha ajer..Allah yang tentukan..

aku nak kongsi sikit petua mudah bersalin yang aku ada baca..

Telur ayam


Ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saatnya untuk melahirkan. InsyaAllah proses kelahiran menjadi mudah.


Aku rasa semua orang makan telur ayam..tapi korang makan ke telur ayam kampung mentah? yang ni aku rasa macam susah je nak ikut..


Air Kelapa

Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.


tak jadi masalah..aku memang suka minum air kelapa, orang cakap awal2 peknen jangan minum, tapi aku minum je..untuk hilangkan loya..alhamdulillah ok..


Buah Kurma

Sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan memakan kurma setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin. Selain membantu proses bersalin, kurma berperanan memberi tenaga dan mengecutkan rahim.


aku makan je kurma..tapi bukan setiap hari la..ikut mood..hehe..boleh lak cam tu..


Minyak Kelapa

Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan.InsyaAllah berkesan.


InsyaAllah aku cuba minum bila sembilan bulan nanti.


Lendir Bendi

Semasa hamil, ibu-ibu dicadangkan agar makan kacang bendi. Pastikan kacang bendi direbus terlebih dahulu. Dipercayai lendir pada bendi memudahkan bayi keluar.


Untuk mummy to be yang usia kandungan korang masih awal, elok la makan dari sekarang. Sedap lak bila teringat bendi dalam gulai dan goreng berlada...soodappp!



Moga petua ni dapat membantu..


~Selamat Mencuba~

*semua gambar ehsan mr. google*

25 November 2011

~BBQ Steamboat~

Hi...

tengah layan Maharaja Lawak Mega ke? minggu ni aku tengok macam tak menarik je lawak diorang..baik aku menghapdate belog..dengar sudah..kalau lawak, gelak je..tapi macam tak de perasaan nak gelak, sebab tak lawak..~~minggu lepas best!

hurmm~~ hari ni aku agak malas + tak larat..aku tido jer..rasa perut dah berat sangat..tu la dulu ngadu sangat perut kecik la ape la..skang dah besar bulat bagaikan belon..macam boleh meletop bila-bila masa je...hehe..tapi harap2 jangan la sekarang..

sebab malas, aku tak masak ri ni..en. asben ajak makan kat luar je..bbq + steamboat..alhamdulillah puas hati..sesuai untuk perut yang tengah kosong.. < aku makan nasi kerabu pagi tadi je lepas balik klinik, pas 2, makan roti je > 1 jam setengah kat situ, dari kul 8.00 mlm start mkn sampai la 9.30, baru sudah..memang aku melantak betul..hehe..kalau la besok kena wat BSP, mampus tinggi result dia...haha..

meh kita layan je gambaq mak buyung melantak dengan lahapnye..heh..


ni nama kedai nye
D' Terrace area Jalan Kolam Air JB.

Adult : RM 20.90
Kids : 9.90

banyak pilihan menu
< gambaq tak dan nak snap..tau nak terkam makan jer..heh >

< perut yang super besar >

makan tak toleh kiri kanan dah..
lapar la katakan


~alhamdulillah..kenyang~

boleh tido dengan lenanya..(*_~)



*gambaq x berapa clear..almaklumla bukan DSLR

Lapan Bulan Setengah



Alhamdulillah..dah 34weeks..
lagi 6 minggu je tinggal..
macam2 lak aku rasa...
moga Allah mudahkan segalanya...



dah nak jadi mama pun..
kadang macam tak percaya..

terima kasih di atas setiap KurniaanMu Ya Allah..


~syukur~

~Perihal Result BSP~

Hi...

baru balik klinik..jumpa doktor pasal BSP 23/11/11 ri tu..

result ok la..
____________________________________________________

Pre breakfast 8.00am - 4.7 (normal) kan puasa dari kul 10 mlm..

Pre Lunch 11.30am - 6.4 (tinggi okeh) pas amik darah kul 8 g makan lontong ngan air barli, jadi terima la result dia yang tinggi macam 2..

Pre dinner 6.00pm - 3.9 (rendah sangat lak) aku makan roti 2 keping, buah limau ngan air oren..

Pre bed 9.00pm - 6.3 (tinggi semula) padahal makan menu yang sama macam pukul 6 tu, cuma tambah telur goreng..

____________________________________________________

Aim BSP : Result yang sepatutnya..

8.00am ~ 4-5mmol/L
11.30am ~ 4-6mmol/L
6.00pm ~ 4-6mmol/L
9.00pm ~ 4-7mmol/L

jadi, aku ada 1 bacaan tak normal..kul 11.30...

*Sekiranya BSP normal
-diet control dan monitor BSP setiap bulan
-rujuk dietician

*Sekiranya BSP tidak normal
-rujuk dietician
-1 bacaan ulang bacaan yang abnormal
-2 bacaan @ lebih 6mmol/L, mulakan rawatan insulin di hospital
-GDM dengan rawatan insulin lakukan BSP setiap 2 minggu

haiyaaa...macam2 kan klu dah sangkut kencing manis ni...mommy2 yang lum kena lagi, korang jaga la makan betul2...sekali sangkut, 2 minggu sekali korang kena wat BSP ni, kiranya sampai aku nak bersalin, setiap 2 minggu la kena wat BSP..sehari 4 kali lak 2 kena cucuk..habis jejari..hehe..demi mu anak, mama sanggup je...=)

24 November 2011

Terima Kasih Untuk Mereka

Assalamualaikum...

surat yang ditunggu2 sampai gak...Alhamdulillah akhirnya...


motif tunjuk surat > suka hati =)

kalau diikutkan dah lama surat ni sampai..tapi kat kg la...adik aku baru pos ke jb..tu yang baru aku dapat tengok...


habis jugak aku belajar...hari tu ingat dah separuh jalan dah...tak minat jadi chegu...pujuk gak hati, cakap, rugi dah separuh jalan pun..pas 2 bagi peluang kat diri tengok mampu ke tak nak ngajar time praktikal..alhamdulillah, Allah mudahkan cara...bila dah mula ngajar jadi macam best, tak rasa kekok.. baru la tau syok nye jadi chegu nih...alhamdulillah..


cadangnye pas ni nak amik master..< cewah ayat >..haha..tapi mampukah aku?? pk punya pk punya pk...keje dulu kot..dikala umur cenggini lum pegang duit seniri lagi...nanti ko dah kumpul duit banyak2, baru sambung okeh...

posting jangan ditanya, kelu lidah graduan ISMP macam kami ni nak menjawabnya..so, tunggu sajalah bila SPP nak panggil interview...harap awal la..moga ada rezeki kami nanti...amin..

~terima kasih tuk abah, mak, en. asben, family n kawan2 suma~


*lambatnye nak tunggu konvo bulan 7 tahun depan...anak aku dah boleh nek pentas sekali ngan mama dia dah jawabnye..(*___*)

23 November 2011

Kelakar kot diorang..shukee~

Hi..

korang layan Maharaja Lawak Mega tak?
aku layan jugak la...tapi yang aku minat je...
time group yang aku tak suka, aku wat keje lain..hehe..
yang aku layan BOBOI, OSBON n 3G...
kumpulan indon yang 2 tu pun ok gak...
tapi masalah nak faham pe diorang cakap...

tapi minggu ke-4 ni memang best la OSBON..
aku selalu je tunggu ulangan..
tengok p la banyak kali pun, mesti bantai gelak kaw2 nye...
BOBOI pun best!
yang 3G aku suka lawak diaorg minggu ke-3...wonder gurl lah!

jom kita layan lawak OSBON..


~Sayang Anak Mama~

Assalamualaikum..

layankan aje..(^_______^)


29 weeks

asalnya nak wat 4d..
sekali bila scan doc cakap tak dapat wat..
tangannye lindung muka..
nampakkan tangan budak kecik kat dalam ni dok garu perut mama dia..
ehehe~~


32 weeks
( 11.11.11)

jumpa pakar kat HSA..
doktor tanya dah tau ke boy @ gurl?
aku ckp lom..padahal dah tau masa scan 29weeks ri 2..hehe..
c...nampakkan anunye...jelas dah terang lagi..
so, dah 2 kali scan.................



~BOY~



Sayang anak mama..moga kamu jadi anak yang soleh..amin.

22 November 2011

Apa itu GDM?

Assalamualaikum..

esok aku kena wat BSP..takut jugak..sebab aku baru kawal makan..cam tak de efek lagi rasanya..

sejak dapat tau de kencing manis, sekarang aku dah boleh makan nasi sekali sehari..amik dalam kuantiti yang sikit je..tak macam sebelum ni, tika lapar je memang carik nasi..hehe..banykkan makan sayur...minum susu @ milo dah tak letak gula...minum kosong je... aku baru tau milo ni tak leh minum selalu, penyumbang jugak la tuk dapat kencing manis...so, pas ni stop terus...boley ke?i'll try...

ok lah aku sebenarnya nak cerita pasal GDM...dah alang-alang aku dapat info pasal ni, aku kongsi tuk sume mummy to be yer..supaya korang leh berjaga-jaga pada peringkat awal...
________________________________________________

Apa itu GDM?

Gestational Diabetes Mellitus [Diabetis Semasa Hamil]

Apa itu Diabetis Semasa Hamil?

Berlaku hanya semasa hamil sahaja disebabkan hormon yang dikeluarkan oleh uri menganggu keberkesanan insulin. (InsyaAllah pas bersalin kencing manis ni akan hilang)

Faktor-faktor Risiko

1. Berat badan lebih 80kg/ BMI >30
2. Sejarah keluarga mempunyai kencing manis (mak aku ada)
3. Sejarah kandungan lalu mengalami GDM
4. Umur >25 tahun (ini pun yer..aku dah 25+1+1)
5. Mempunyai sejarah anak mati dalam kandungan, lahir mati dan keguguran berturutan (lebih 3 kali)
6. Sejarah berat lahir bayi > 4kg
7. Air mentuban banyak
8. Jangkitan disaluran kencing yang berulang
9. Kehadiran glukos dalam air kencing sebanyak 2 kali

Kesan Pada Bayi

1. meninggal dalam perut
2. Macrosomia (berat > 4kg)
3. bahu tersangkut
4. Respiratory Distress Syndrome
5. Jaundis (kuning)
6. mengalami kencing manis II di kemudian hari
7. lewat perkembangan dan pembesaran

Kesan Pada Ibu

1. peningkatan insiden preklampsia (sawan)
2. peningkatan kelahiran dengan kaedah pembedahan
3. kecederaan di bahagian salur peranakan
4. peningkatan insiden jangkitan saluran kencing (UTI)
5. mengalami kencing manis di kemudian hari

Pemeriksaan MGTT

~Ibu hamil tanpa faktor risiko disaring pada 24 minggu kehamilan
~Ibu hamil dengan faktor risiko dilakukan secepat mungkin
(sebab tu aku dah minum air gula 3 kali, disebabkan 2 faktor risiko diatas)

*Sekiranya keputusan MGTT yang 1st normal, ujian MGTT akan diulang pada 20-24 minggu kehamilan, kalau normal, ulang sekali lagi pada 28-32 minggu kehamilan.

Keputusan MGTT

NORMAL

FBS : < 6 mmol/L
2HPP : < 7.8 mmol/L (result aku 7.8)

GDM

FBS : lebilh 6 mmol/L
2HPP : lebih 7.8 mmol/L

MGTT tak normal perlu lakukan BSP

Tanda-tanda HYPERGLYCEMIA (gula lebih dari 8.0mmol/L)

1. Dahaga
(sangat betul, selalu kering tekak..tapi aku asyik minum air sejuk jer..air masak kurang..dah tu selalu wat milo ais ngan air sunquik...sebab 2 la kandungan gula tinggi)

2. Kerap kencing
(ini biasa kot untuk orang mengandung)

3. Letih lesu
(tak terasa sangat sebab malas layan letih lesu ni, kang semua keje tak jalan)

4. Loya dan muntah
(yang ni aku memang pelik..tetiba masuk 8 bulan ni rasa loya balik...muntah2..sampai asben cakap takkan 8 bulan loya lagi kott...hehe...nak tidur je sapu minyak cap kapak)

5. Mata kabur
(semakin teruk mata aku, dulu tak nampak tulisan jarak jauh je...sekarang ni dalam jarak dekat pun aku tak berapa clear)

6. Resah gelisah
(kalu resah time nak tido 2 biasa la kan??)


fuhhh..panjang n3 kali ni..larat ke nak baca?? aku dah rasa macam wat esaimen je..hehe..dah lama tak menaip pepanjang gini...

OK..da~~~

*sok aku cerita aim BSP lak..