Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

09 April 2012

Konvo ~ Mei 2012

Assalamualaikum...

Istiadat Konvokesyen Keempat Belas Mei 2012
Universiti Pendidikan Sultan Idris

akan diadakan pada
7, 8 dan 9 Mei 2012

bertempat di
Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

dah nak konvo...yeaay!
konvo kat kampus baru...
kira kitaorg 1st batch rasmi dewan ni..yuhuuu~~

xcited nak konvo bersama encik asben dan anak..
dulu konvo zaman diploma, berkonvo bersama mak abah..
untuk degree ni, semua ada..insyaAllah..
can't wait!

mula mikirkan..
baju apa yang nak dipakai?
kaler apa yang cantik?
kasut apa sesuai?

ngeh3...err...perlu ke?

04 April 2012

WW ~ Berkemeja


hi

Hadif berkemeja.. =)

masa beli ingatkan besar..
sekali pakai..hamek, dah ketat..
agaknye lepas ni dah tak leh pakai dah..



sama je kan pp mama ngan Hadif..
sapa nak lawan sapa ye?ngeh3


ppsssttt ~~ tinggalkan kisan semalam..

03 April 2012

Sabar : Mood ~ Sedey

kadang sedih bila dengar ramai orang yang berjaya susukan anak dengan susu sendiri..
tumpang gembira pun ada untuk mereka yang berjaya..
tahniah korang!

bila terbaca [terbaca ye] entry pasal susu ibu, mula la mud tak menentu..
sana sini cakap betapa hebatnya susu ibu..
dah terbukti, memang tak dapat dinafikan..
bangga + sempurna bergelar wanita..
tapi, bila bercakap SF..ramai jugak yang kondem..
den terasa la jugak..


sapa oi yang tamau anaknya minum susu seniri?
tak mau ah bagi anak minum susu formula
aku seniri nak macam tu..

tapi apakan daya..rezeki bukan untuk aku dan anakku..

bagi aku, bab ni la paling sensetip aku nak cakap dan cerita kat semua orang!
sebab tu aku tak pernah cerita dalam belog aku..

cuma tetiba tadi, aku terasa..sedih + terkilan + kecewa..

setiap orang ada masalah sendiri kalau dia tak susukan anak dia...
kalau yg saja2 tu aku tak tau la..
tapi tak semua masalah boleh share ngan orang...
kalau orang yg paham, alhamdulillah..
kalau yang tak faham 2? mungkin alasan katanya..

hurmm..sabar2..

Check up 3 months

Assalamualaikum...

Hari ni g klinik, cucuk Hadif untuk yang 3 bulan..
1st time Hadif check up kat KK Kempas..masa lahir ri tu g cek jaundis je..
1st dan 2nd months cek kat kg..

Pegi kul 8.30, rasa macam dah lambat sangat..
takut orang ramai..kena tunggu lama, bila dah lama, takut Hadif meragam..
Hadif kalau nangis, memang boleh dengar satu klinik tu...hehe..

Tapi, Alhamdulillah, tak lama mana pun, nurse cakap orang tak ramai hari ni..
masuk bilik nurse untuk timbang, ukur tinggi, ukur lilit kepala dan dada..
nurse tanya baby dah boleh senyum ke?
dah boleh..bukan setakat senyum, siap gelak lagi..hehhh ~

berat tak naik banyak pun, 0.5kg je..
masa 2 bulan 5.7kg, so untuk 3 bulan hanya 6.2kg..
tapi nurse cakap banyak la tu naik..sebab dia lahir 3.1kg..
panjang pulak, 61cm..

lepas dah cek semua, g bilik lain lak nak cucuk..
ahh..part cucuk ni yang kesian..
so, bersedia lah peha kanan dia yang gebu tuh..
seriau gak aku takut Hadif meraung dengan kuatnya..
tapi, terkezut haku..dia boleh buat muka dekk je..sikit tak nangis hokey!
gud boy sayang..isi pejal sangat kot..ngeh3


ni le peha gebu yang kena cucuk tadi..cian..


dah habis semua, g amik ubat deman..
sementara aku g amik ubat, babah nye dukung..
sedar2 dah tido rupanya..gud boy sekali lagi..
suara mu tak memecah di klinik..huhu



katanyanya cucuk kali ni baby akan demam.. balik rumah, terus bagi mamam ubat..


pssttt ~~ dulu update monthly check up mak nye, skarang anak pulak..ahahah..tak rajin kot nak update every months..huahaua