Assalamualaikum..
Result posting dah keluar..alhamdulillah..
akhirnya akan berkhidmat sebagai seorang pendidik..
kemanakah aku?
ni la yang tengah buat hati gundah gulana..
bukan ke Sabah Sarawak, bukan jugak di Johor atau Kedah.
tapi di.......................
sedih sekarang bila dok pk..
terpaksa tinggalkan Hadif kat mak aku buat sementara waktu..nak cari umah, nak cari pengasuh..aduh..ni part yg paling sedih aku rasa..berjauhan dengan en. asben seketika sebelum dia minta tukar..sayang nak tinggalkan JB..sebab aku dah seronok dok sana..
hmmm..kalau difikirkan, kira ok la tu aku dapat semenanjung..ramai kawan2 aku yang baru bersalin, ada yang dalam pantang, ada yang tengah sarat dapat Sawarak..menangis dah dua tiga lagu..fikir macam2..bila dah ada family ni..kalau bujang senang..bawa diri sorang2 p sana..tak yah fikirkan orang lain...
tapi itu la namanya rezeki...Allah dah rencana kan buat kita..mungkin masa hadapan kita tak tau apa yang bakal berlaku..apa pun itulah titik permulaan pengorbanan yang harus dibuat demi mendidik anak bangsa..ceewaahh..ayat tak tahan kan?ngeh3..
Aku dan en. asben redha..mohon Allah mudahkan urusan kami yang seterusnya..amin..kerana aku pasti ada hikmah..[harap kejap je la berjauhan]
negeri mana?
jadi orang nogori la den..huhu