Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

08 November 2009

orang yang mencintai kamu...

Orang yang mencintai kamu tidak pernah
mampu memberikan alasan kenapa dia
mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan
dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.

Walaupun kamu sudah memiliki teman
istimewa atau kekasih, dia tidak peduli!
Baginya yang penting kamu bahagia
dan kamu tetap menjadi impiannya.

Orang yang mencintai kamu selalu menerima
kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu
selalu yang tercantik walaupun mungkin
kamu merasa berat badan kamu sudahbertambah.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin
tahu tentang apa saja yang kamu lalui
sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS
seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’,
‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS- nya,
kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan
cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA
padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan
kamu tidak mengundangnya ke majlis yang
kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon
untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat
setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu,
bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah
melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu
yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca.
Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap
kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin
kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu
di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan
yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau
musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi
bukan orang yang mencintai kamu.

Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari
lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam
CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu -
kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin
sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa
mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu -
kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau
menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus
atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi
semangat kepada kamu.

Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu
barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah
sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu,
sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa
sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat
kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain,
dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu
waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh
buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar
takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’

Orang yang mencintai kamu bertindak lebih
seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal
yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100
kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah
malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia
sedang memikirkan kamu (merinduimu).

Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan
kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening
kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu
membuat kamu terganggu dia akan minta maaf
dan tak akan melakukannya lagi.


No comments: