Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

30 November 2012

Set Hamil Shaklee

Assalamualaikum..

Jumaat..petang nanti nak g amik en. suami..
minggu ni dapat keluar..yeayy...
lagi sebulan lebih je nak abih kursus...
sila bersabar..=)

okey, sebenarnya bukan nak cerita pasal hal laki bini..
nak cerita pasal apa yang di makan time peknen ni..

aku sampai hari ni, jarang sangat nak makan ubat 4 serangkai yang klinik bagi tu..
tah la kenapa...
susah betul...kesian kat baby, tapi....

dalam susah2 nak makan ubat tu, sekarang ada hati nak makan SHAKLEE set ibu mengandung...
itu pun berjenis2 jugak..

1. Vita-Lea
2. Vita-C
3. B- Complex
4. Ostematrix
5. Omega


Set Hamil Shaklee atasi morning sickness
ehsan : Google

sape2 dah penah cuba set ni?
bagus dari segi apa?

kalau dah makan set ni, dah tak payah makan ubat klinik ke?
dengar jugak boleh atasi morning sickness..

psstt : mampukah nak telan lima biji tu??? sebiji ubat pun dok wek2...lahai...

29 November 2012

Hadif Rizqy


anak teruna dah besar rasa..
padahal baru 11 bulan hari ni..

banyak ragam..
banyak karenah..

membuas tak kira waktu..
nak tido pun dah susah sekarang nih...

bawa walker macam nek keta ferrari dia pecut...
suap la apa ja makanan, semua dia sapu..kecuali benda2 lembik macam agar2..

boleh kira 1, 2, 3..hehe (cuma dia sambung yang ti.. ga.. je)
nyanyi burung kakak tua pun boleh..(sambung yang belakang jugak)
mulut ringan bercakap..
kaki dah kuat berdiri..cuma takut nak menapak je..
usaha lagi!

semoga Hadif jadi anak yang soleh sayang..



serius nye muka...

gg jarang..ngeh3
HAPPY 11 MONTHS OLD!

22 November 2012

Alhamdulillah..rezeki lagi...

Assalamualaikum..

macam chipsmore..kejap ada..kejap hilang...ngeh3..

nak share berita gumbira...

Hadif dah nak jadi abang long...=)

mengandung lagi aku....

rezeki...Alhamdulillah...

insyaAllah Jun 2013..

sekarang dah 9 minggu...
alahan untuk kali ni agak teruk...
sehari 4 5 kali muntah...
sampai lembik..
asal makan je, terus nak buang...

ape pun syukur sangat, merasai lagi saat2 mengandung nih..
tak kisah la kalau terlalu awal nak bagi Hadif adik pun..
Allah dah tetap kan setiap rezeki tu..

doakan yang terbaik untuk aku, baby dan abg Hadif..=)