02 December 2010

Puree Of Vegetable Soup


assalamualaikum...

petang-petang ni meh saya nak kongsi sikit resepi masa saya belajar masak semester 4 dulu...
resepi ni mudah je dan sangat sedap..
saya selalu masak kalau ada majlis kat rumah..
ternyata..memang sedap okeh!
saya tak puji diri, sesapa masak pun sedap jugak..=)
ramai yang minta resepi nih..
tapi yang ramai2 tu baca blog saya ke?hehe..
tak pe la..ni untuk kamu semua yang sudi baca blog saya..

amik pensil dan kertas, silala salin..=)

Bahan:

Bawang besar ---> 3 ulas
Celery ---> 4 batang
Lobak merah ---> 2 batang
Kentang ---> 4 biji
mentega atau majerin
kiub ayam (dibancuh) 1kiub = 1liter air ---> 2 kiub
susu segar Dutch Lady ---> 1 kotak kecil
garam dan lada sulah ---> secukupnya

Cara Memasak:

1. Bawang, celery dan lobak merah di potong mirepoix..(apa 2 mirepoix? saya pun dah lupa..hehe..harap dimaafkan..saya cuma potong ikut suka hati aje..)
2. Ubi kentang di potong dadu.
3. Panaskan mentega, kemudian masukkan bahan mirepoix dan kentang ke dalam periuk. Biar hingga kekuningan.
4. Masukkan stok ayam. Renehkannya kesemua bahan selama 45 minit.
5. Kisar dan tapis. Masak sup semula dalam periuk. Sesuaikan rasa dan konsistensi. Masukkan susu.

Puree Of Vegetaable Soup dimakan bersama roti bakar..

sekian..

p/s : selamat mencuba..kalau tak jadi, cuba di lain hari...mesti jadi..hehe

No comments: