assalamualaikum dan selamat petang..
apa novel baru yang korang ada?saya baru beli Jodoh atau Cinta..baca pun belum...saya beli online kat Kaki Novel..dihantar ke JB...so, balik jb nanti baru leh baca...encik suami cakap dah sampai..tak sabar nak balik baca...thee~~
ok, jom kita tengok sinopsis citer ni sikit..
pic : kaki novel
SINOPSIS
Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

sumber : kaki novel
sebelum ni saya baca novel ni kat blog jer...sampai di episod 30 penulisnya umum sambung ke version bercetak pulak...lama la jugak saya tunggu..tak tau la ending dia cam mana..ada yang dah baca ker??harap-harap best yer cik iman..=) kalau saper2 nak baca boleh jengok ke sini Jodoh atau Cinta..
No comments:
Post a Comment