21 April 2010

manisnya kenangan...

sesaper yang suka baca novel online,
mayb kenal ngan 'manisnya kenangan'..
ini belog hanni ramsul..beliau seorang penulis novel..
kenapa saya wat n3 ni tuk cerita tentang belog beliau?
sebab saya teramat la suka dengan penulisan beliau..

setiap novel @ cerpen online yang beliau tulis, sangat menarik..ayat2 nya mampu buat saya rasa diri ni berada dalam cerita 2 (nampak sangat saya ni jiwang ngan kuat berangan)..hehe..tp betul..cuba korang baca novel2 beliau.. memang best..

sekarang dah 2 novel hanni ramsul dah dibukukan..
1. BIARLAH YM BERBICARA
2. PERGILAH AIR MATA (PAM)


pergilah air mata Cover1 copy
sumber : kaki novel

Sinopsis :
Sebuah bala… sebuah malapetaka telah merantai Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina ke alam rumah tangga.

Badrul yang tidak dapat menerima kenyataan ini tegar menyakiti hati Sabrina yang tidak bersalah.

Air matalah peneman setia Sabrina, di dalam sangkar emas keluarga Datuk Hamidi.

Tanpa ketahuan mereka, rupa-rupanya bala tersebut adalah rancangan seseorang yang tidak senang dengan kebahagiaan Sabrina.

Hiduplah Badrul dengan salah sangkanya terhadap Sabrina dan Sabrina dengan kesedihan yang tidak berpenghujung.

Mujurlah Datuk Hamidi tidak mudah melatah, tetap melayan Sabrina dengan baik.

Namun, lama-kelamaan benci Badrul mula berubah rindu… Sepanjang masa hanya wajah Sabrina yang melekat di ingatan, senyuman Sabrina yang menari-nari di mindanya. Tetapi, hatinya masih belum mempercayai Sabrina sepenuhnya. Masih ada syak yang melingkari sukmanya. Walaupun bencinya masih ada, perpisahan yang dipinta oleh Sabrina telah mencarik hatinya.

Akan kulepaskan jua air mata ini pergi… jauh… sejauhnya… sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu.

sinopsis ni pun diambil dari kaki novel

saya dah beli PAM..ceritanya memang best..kalau korang nak beli boleh lawat blog kaki novel..kat c2 dia de terangkan cam ne nak dapatkan novel2 dari mereka..

sekarang ni hanni ramsul kuarkan novel online baru..tajuk dia SEKADAR DIHATI..cite ni baru epsd 8..best sgt..so, selamat membaca..

No comments: