30 April 2012

~ Serba tak kena

Assalamualaikum..

dalam dilema..=(
en. asben akan berkursus selama 2 minggu di Kuala Kubu Baru..
tinggal la aku berdua dengan Hadif..

aku rasa macam nak ikut mak aku balik Kedah lepas konvo..
aku konvo 7 Mei
en. asben lak kursus 14 - 24 Mei..
kira 3 minggu jugak Hadif akan merindui babah nye..
kesian pulak..
dah tu, lepas kursus nak kena g Kedah amik aku..
dari Kedah ke JB..adoi...susahkan en. asben rasa..

nak dok kat umah berdua ngan Hadif, antara takut dan berani..
adey~~~ pening2..



haruskah aku dok umah je beranikan diri???

29 April 2012

29 April = 4 bulan

Assalamualaikum..

29 April..Alhamdulillah Hadif dah 4 bulan...
baru 4 bulan, Hadif dah terlebey cerdik..
mak aku cakap dah macam budak umur 7 8 bulan dah..heh~
perkembangan Hadif di usia 4 bulan sangat cepat..boleh macam2..
cuma satu je belum, tak leh menerap dengan seniri lagi..
kena mama dia jugak terapkan..hai la kamoo..
usaha lebih ye Hadif..insyAllah..nak masuk 5 bulan dah boleh menerap seniri..=)
go Hadif go!

tak larat nak membebel..
kasi layan gambar Hadif yang terbaru je eh..

Bam bam..tak tau la bape berat kamu..
8hb ni baru nk timbang..

itulah aktiviti kegemaran..
pas tu mula la nak wek wek..
agaknye dah sampai ke tekak dijoloknye..huhu


kulit ikut babah..jawa mari..hehe..


kami bertiga..


JPO [ Johor Premium Outlets]
jalan2 je manyak...tengok sekitar JPO..tujuan pergi hanya mahu mencari baju en. asben..untuk aku? nanti2 la..insyaAllah dah kerja nanti, aku serbu JPO lagi..ngeh3

daaaa~~

27 April 2012

Alhamdulillah...akhirnya..

Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang penuh berkat..


Alhamdulillah...terima kasih Ya Allah..


Akhirnya...


Syukur

(^___________^)

26 April 2012

Nak Kurus...boley kerrr??

Assalamualaikum..

Dah lepas pantang berbulan2..
tapi sekarang rasa macam nak pantang balik..
boley?
tu la kan, sapa suruh time pantang wat main2..
okey..itu memang salah aku..
badan sendiri..tanggung la sendiri kan..

Tapi sejak seminggu ni aku dah start 'pantang' balik..haha...
meroyan tengok badan macam di pam2...
berat aku sebelum mengandung 58kg...
dah dekat nak bersalin 69kg..tak naik banyak sangat pun..
lepas bersalin, 62kg..pun tak banyak turun..
sekarang? 63kg ye..
tak sesuai langsung dengan ketinggian aku..
berat aku yang normal range 48-52 kg je...

jadi, bila terbaca petua2 kat Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung dengan semangatnya mencuba..ngeh3


Koleksi Petua Untuk
Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Petua 1: Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asm jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah stretchmarks.

(aku dah cuba petua ni..alhamdulillah..nampak jugak perubahan..lagipun senang je nak buat..)

Petua 2: Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

(buat jugak..tapi habis baju sume kuning..kunyit kan..)

Petua 3: Ambil sedikit beras dan kisar halus. Juga sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Petua 4: Ambil Halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Petua 5: Ambil lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Petua 6: Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Petua 7: Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 8: Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

Petua 9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 1/2 genggam. Kemudian tumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian dibengkung kuat atau ketat.


Petua 3 hingga 9 aku lom cuba lagi...sape dah cuba? jom share..ke ada petua lain jugak..

Selain tu, aku makan jamu yang nenek metua aku buat..pakai bengkung balik..bersenam..tak makan malam..
agak2 turun tak berat aku nanti eh?bulan depan nnt tengok macam mna ye..hihi

harus semangat!!

19 April 2012

Bila babah tidokan anak..cute!

hi..

Hadif sekarang dah pandai..

bila babah dia ada, dia akan merap bagi babah yang tidokan dia...

kat aku boo layan..
dia akan menangis sepuas hati kalau aku berkeras jugak nak tidokan..
babah dia amik jer..terus senyap..magic!

awat Hadif???
tangan mama tak selembut tangan babah kamu ker?ngeh3

siang ok je bila berdua ngan aku..
dia tau pulak sapa lagi kalau bukan mama dia yang nak tido kan dia..haihhhh

cara Hadif nak tido agak susah sikit..dia tak nak buai..
kadang2 je masuk kalau dah ngantuk sangat...
dia tak tido kalau ko biar dia golek2 atas comforter dia tu..
bertuah sangat la kalau golek2 terus tido..

Hadif akan tido dengan cara macam netek baby...
kira kena dekat ngan dada..tepuk2 macam kompang tu..
ha..2 3 kali tepuk..terus loop...
sebelum tu harus bunyi siaran..sebab tak dapat keselesaan lagi...
dah ralit tido..baru letak bawah..selamat!
hai la anak...macam mana nih kalau mama nak hantar kamu kt BS nnt..

sekarang maktok ada kt umah..mak tok ajar tido buai...
ok lah jugak..dah mula syok tido lam buai..
tu pun bila malam nak babah jugak buaikan..
anak manja babah betul la..


bila dah babah yang tidokan anak, ni la aksi2 nya..


dengan paknye tido sekali..hehe

agaknye sedap kot tido cenggini ye Hadif..


so comel dua hero aku nih... =)

sayang kamoo dua orang ketat2..mmuuaahh!

ni baru nak masuk 4 bulan, dah macam2 kan?
sonok okeh tengok baby punya perangai..=)

18 April 2012

Yang Ke-50 ~ Alhamdulillah

Assalamualaikum....

my mum ada kat JB sejak 4 hari lepas...
saja mai sebab rindu kat cucu yang bam2 tu..hehe..
dan semalam [17 April] besday my mum yang ke? 50 tahun..
Alhamdulillah..
terima kasih Ya Allah, Kau panjangkan umur ibuku..


SELAMAT HARI LAHIR MAK..

I LUV U..

terima kasih atas segalanya Mak..=)

so,malam tadi aku dan en. asben celebrate besday my mum..
bawa mak aku makan kat Johnny Steamboat + beli 2 slice kek SR..yummyy!
kecik2 sudah..kami ber-4 je pun kan..


da kek

Pecan Butterscotch

Cheeze Choc

Dua2 kek ni aku tak pernah rasa langsung sebelum ni..
asyik dengan Choc Indulgence je..
tapi tak rugi mencuba..sebab dua2 kek ni memang mabeles la..sedap!


di Johnny

makan2 + posing2..=)

ni my mom...
ramai cakap muka kami sama..ye eh?




errkkkk...alhamdulillah kenyang...
dah selesai makan, jalan2 dulu kat dalam Jusco...

lepas tu??


balik tidur dengan senang hati...=)


psssttt~~ Rabu & Khamis ada sales kat Jusco!
BABY POLO diskaun 70%

15 April 2012

Macam-macam Lah!

Assalamualaikum..

Cuti Rabu lepas, jalan2 ke Jusco Tebrau..
suka betul g Jusco ni..
kadang tu, tak shopping apa pun, just cuci2 mata, makan2..lepas tu balik..
janji jejak kaki jugak kat situ..ngeh3..

dulu, zaman tak de anak, selalu tengok wayang midnite..
balik rumah kul 2 3 pagi..
sekarang kalau wat macam tu, meraung Hadif dalam panggung tu, tak pasal kena halau kuar..huhu..
dari baru kawen, mengandung, sampai la ada anak, tempat tu je yang aku rasa nak g tetiap minggu..
klu pegi sambil shopping setiap minggu, boleh kopak laki aku kan...seb baik jalan aje....heh~~

konon hari tu nak jalan2 je..tamau beli apa..
tapi tak jugak...bila dah masuk Harris, mata berpinau tengok buku..
tempat yang di tuju haruslah ke bahagian novel dulu..
banyak novel baru..yang tebal2 lak tu..
huisshh..rasa bukan zaman aku dah nak mentelaah novel yang tebal2 cam 2..tak dan!
cari yang sedang2 je..tu pun amik masa berbulan nak menghabiskan 1 novel..pheww

lama dok melilau kat situ, last aku beli 2 novel je..


Kan Ku Kejar Cintamu - Fauziah Ashari
Kasih Antara Kita [Cinta Buat Emelda] - Aleya Aneesa
dah penah baca...tapi yang member jugak..bila dah wat drama ni, rasa nak baca lagi..[cam tu, asal novel jadi drama je ko beli] hehe

itu untuk aku..

untuk si tecit aku belikan diari dan album...


dapat jugak diari untuk Hadif..Hadif dah nak masuk 4 bulan pun..baru nak ada diari bagai..heh~~ macam rajin je mama dia nak menconteng dalam diari ni..ermm..wait n see bila Hadif dah setahun nanti ye..=)

dah jalan2, soping2, makan2, penat2..balik lerr..apa lagi..
seharian berjalan..masa yang sangat berkualiti tuk kami bertiga..yeaayy..happy~
[gambar bertiga tak dak la pulak]
Hadif sangat baik..tak meragam langsung! boley bawa jalan selalu lah..

errmmm...rasanya sejak dok JB ni, belum banyak tempat yang aku terokai..setakat g Plaza Angsana tetiap minggu [ ni pun suka jugak], lepak2 Danga Bay kalau bosan..ke Mydin, Tesco dan Giant beli barang dapur, beriadah ke Taman Merdeka dan ZOO [sini pun kira beriadah ke?], isi perut kat Benafe Ayam Penyet [memang terbaiklah!] dan ciken cop yang murah..RM5 hengget sepinggan..ni je tempat yang boleh dikatakan SELALU pegi..warga JB, sila bagi tau, tempat mana yang best tuk aku g?

psstt~~ dah caca merba aku bercerita..campuq mcm2..bek p tido....

mood~ masih tunggu en. asben pulang kerja..uuuwaarrgghh...

12 April 2012

Hobi lama

eerrgghh..dah makin malas nak update belog...
padahal macam2 nak cerita..
tapi ntah la..asal tulis je padam..


lagi2 sekarang hobi lama dah kembali..
asyik la dengan 'benda' tu..
menjahit cross stitch..
tahu mende nye?
ala..yang jahit silang pangkah..


nanti aku cerita lebih lanjut..
gigih nak siapkan...hehe

ni permulaan..banyak lagi nak menghabiskan




sebab mau jadi macam ni..

tak sabar nak siapkan..=)

09 April 2012

Konvo ~ Mei 2012

Assalamualaikum...

Istiadat Konvokesyen Keempat Belas Mei 2012
Universiti Pendidikan Sultan Idris

akan diadakan pada
7, 8 dan 9 Mei 2012

bertempat di
Dewan Besar Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

dah nak konvo...yeaay!
konvo kat kampus baru...
kira kitaorg 1st batch rasmi dewan ni..yuhuuu~~

xcited nak konvo bersama encik asben dan anak..
dulu konvo zaman diploma, berkonvo bersama mak abah..
untuk degree ni, semua ada..insyaAllah..
can't wait!

mula mikirkan..
baju apa yang nak dipakai?
kaler apa yang cantik?
kasut apa sesuai?

ngeh3...err...perlu ke?

04 April 2012

WW ~ Berkemeja


hi

Hadif berkemeja.. =)

masa beli ingatkan besar..
sekali pakai..hamek, dah ketat..
agaknye lepas ni dah tak leh pakai dah..



sama je kan pp mama ngan Hadif..
sapa nak lawan sapa ye?ngeh3


ppsssttt ~~ tinggalkan kisan semalam..

03 April 2012

Sabar : Mood ~ Sedey

kadang sedih bila dengar ramai orang yang berjaya susukan anak dengan susu sendiri..
tumpang gembira pun ada untuk mereka yang berjaya..
tahniah korang!

bila terbaca [terbaca ye] entry pasal susu ibu, mula la mud tak menentu..
sana sini cakap betapa hebatnya susu ibu..
dah terbukti, memang tak dapat dinafikan..
bangga + sempurna bergelar wanita..
tapi, bila bercakap SF..ramai jugak yang kondem..
den terasa la jugak..


sapa oi yang tamau anaknya minum susu seniri?
tak mau ah bagi anak minum susu formula
aku seniri nak macam tu..

tapi apakan daya..rezeki bukan untuk aku dan anakku..

bagi aku, bab ni la paling sensetip aku nak cakap dan cerita kat semua orang!
sebab tu aku tak pernah cerita dalam belog aku..

cuma tetiba tadi, aku terasa..sedih + terkilan + kecewa..

setiap orang ada masalah sendiri kalau dia tak susukan anak dia...
kalau yg saja2 tu aku tak tau la..
tapi tak semua masalah boleh share ngan orang...
kalau orang yg paham, alhamdulillah..
kalau yang tak faham 2? mungkin alasan katanya..

hurmm..sabar2..

Check up 3 months

Assalamualaikum...

Hari ni g klinik, cucuk Hadif untuk yang 3 bulan..
1st time Hadif check up kat KK Kempas..masa lahir ri tu g cek jaundis je..
1st dan 2nd months cek kat kg..

Pegi kul 8.30, rasa macam dah lambat sangat..
takut orang ramai..kena tunggu lama, bila dah lama, takut Hadif meragam..
Hadif kalau nangis, memang boleh dengar satu klinik tu...hehe..

Tapi, Alhamdulillah, tak lama mana pun, nurse cakap orang tak ramai hari ni..
masuk bilik nurse untuk timbang, ukur tinggi, ukur lilit kepala dan dada..
nurse tanya baby dah boleh senyum ke?
dah boleh..bukan setakat senyum, siap gelak lagi..hehhh ~

berat tak naik banyak pun, 0.5kg je..
masa 2 bulan 5.7kg, so untuk 3 bulan hanya 6.2kg..
tapi nurse cakap banyak la tu naik..sebab dia lahir 3.1kg..
panjang pulak, 61cm..

lepas dah cek semua, g bilik lain lak nak cucuk..
ahh..part cucuk ni yang kesian..
so, bersedia lah peha kanan dia yang gebu tuh..
seriau gak aku takut Hadif meraung dengan kuatnya..
tapi, terkezut haku..dia boleh buat muka dekk je..sikit tak nangis hokey!
gud boy sayang..isi pejal sangat kot..ngeh3


ni le peha gebu yang kena cucuk tadi..cian..


dah habis semua, g amik ubat deman..
sementara aku g amik ubat, babah nye dukung..
sedar2 dah tido rupanya..gud boy sekali lagi..
suara mu tak memecah di klinik..huhu



katanyanya cucuk kali ni baby akan demam.. balik rumah, terus bagi mamam ubat..


pssttt ~~ dulu update monthly check up mak nye, skarang anak pulak..ahahah..tak rajin kot nak update every months..huahaua