11 June 2013

14 hari # Pantang kali ini

Assalamualaikum...

dah cuti ni, tak de pulak keje yang nak dibuat, maka dengan rajinnya la aku update blog..kalu tak, dah bersarang semut baru nak tuliskan?

hari ni nak bercerita tentang set berpantang pulak...
masa Hadif dulu aku amik ubat biasa2 je yang mak aku belikan kat klinik...[ sini ]
param pilis pun aku guna yang MIL aku bagi... [ sini ]
kiranya aku memang tak kisah sangat nak pantang2 semua ni..

makan jangan cakap la..main ikut dan je aku makan..
3 hari pantang aku dah bedal burger prosprty tu..
tak de kesedaran sivik langsung...badan nak guna lama cik oi....
kang dah tua baru nak mengadu sakit bagai kan...
[takyah tunggu tua pun da terasa sakit dah] huahua...

jadinya, dengan timbulnya kesedaran [ayat tak tahan ]
aku memang tekad...[insyaAllah] nak pantang betul2..seyes...

aku memang dah cadang, kalau aku mengandung lagi, aku nak beli set nih..
aku dengar dan baca banyak review, ramai yang cakap set ni bagus...
alhamdulillah...rezeki kali ni ada, aku mampu beli..=)

Shaklee...

yup..set berpantang termasuk dengan set penyusuan sekali...
aku beli set lengkap...mula ingat nak beli trial ja...tapi aku tengok harga macam mahal jugak..
alang2 beli, beli terus yang tahan 4 bulan...
aku beli dengan kawan aku...
harga kira ok la...
ESP aku beli masa awal mengandung ri tu..masih ada lagi..so, aku tak beli dah..

kenapa Shaklee?

korang leh gugel..haha
tapi aku rasa ramai yang dah tau pasal kebaikannya...
malas lak aku nak cerita kat sini kang dah macam pengedar Shalee la plak..ngeh3...

itu set pantang untuk dalaman..harap2 set ni sesuai la dengan aku...

set pantang luaran teringin nak pakai set NR..tapi harganya..adeh...
lagipun, dalam set tu ada ubat makan sekali...macam rugi je beli...
jadinya aku beli asing2..



param - Warisan Afiat Herba
pilis - Sariayu
minyak mustajab
minyak Herbanika NR (belum beli lagi)
biji pala..
itu je la kot....
Dah siap sebakul [pantang betul2]
semangat nak pantang kali ni lain sikit...tah la kenapa..
mungkin dicabar dan tercabar kot...
tidakkkk....

sebenarnya aku nak badan aku sihat, kuat dan cergas..
sebab nanti aku ada 2 hero nak diuruskan....
aku ada tanggungjawab dengan kerjaya aku....
aku dah rasa dah sakit sebab tak pantang betul2 mula2 dulu...
akhir sekali [angan tak sudah] nak KURUS!

( ^____^ )

No comments: