Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

20 December 2011

Berpantang 44 hari

Assalamualaikum...

hi mommies..

hari ini aku nak cerita perihal berpantang..aku tatau banyak sangat pasal keperluan berpantang nih..tapi mengikut apa yang mak aku cakap la...

alhamdulillah..barang berpantang sume aku tak yah beli...dari bengkung sampai la ke ubatan tradisional, suma mak ngan MIL aku kasi...rezeki mama..=)

buat masa ni, ni je barang yang ade ngan aku, yang selebihnya, tunggu mak aku datang JB wiken ni..

1. Bengkung

bengkung ni MIL aku bagi dua..satu yang Leesa Formula..yang lagi satu bengkung jawa..aku tatau nak guna yang mana 1..maybe guna yang senang je la..yang bengkung jawa tu jenuh berlilit..

Kegunaan:
Pemakaian bengkung adalah utk mengembalikan postur tubuh serta pinggul agar tidak jatuh, melindungi kedudukan rahim serta membetulkan kedudukan tulang belakang.

Membantu mengemaskan @ menegangkan otot2 dibahagian perut supaya tidak gelebeh serta kedudukan perut 'mantap'.

2. Pilis
Khasiat & Penggunaan :
Digunakan secara tradisional untuk melancarkan peredaran darah, menjauhi masuk angin, melegakan sakit kepala dan melegakan keletihan.

Pilis dicampurkan dengan air sejuk secukupnya sehingga sebati dan pekat. Sapukan rata2 didahi dari kening pelipis kiri hingga kanan.

3. Param
Khasiat & Penggunaan :
Digunakan secara tradisional untuk melancarkan peredaran darah, menjauhi masuk angin, melegakan sakit kepala & melegakan keletihan.

Param dicampurkan dengan air sejuk secukupnya sehingga sebati dan pekat. Sapukan seluruh badan dan biarkan kering selepas mandi.

4. Biji Pala

Biji pala ni digunakan bersama bengkung. [cara mak aku] mesin biji pala sehingga jadi serbuk, bancuh dengan air..sapukan biji pala + minyak pada perut dan baru pakai bengkung.

Keperluan lain seperti tungku, set bersalin [ubat makan] mak aku bawakan.

Set Bersalin
Mak aku beli ubat klinik je..ubat tu memang untuk berpantang 44 hari..termasuk dengan minyak + kapsul RM90..beli kat Maha Klinik, Alor Star. Adik ngan adik ipar aku makan ubat ni je dalam pantang..memang tak pernah makan jamu. Nanti set tu dah sampai, aku cerita len eh..

Mandian
Sepanjang tempoh berpantang, hendaklah mandi menggunakan air rebusan daun sekurang-kurangnya dua minggu. Antara daun yang biasa digunakan, daun pandan, daun inai dan limau nipis.[aku guna daun2 ni je].


Ini sahaja info berpantang cara yang akan aku ikut nanti..agak simple..maybe ada yang kurang, kalau yang kurang 2, tambah2 sendiri yer..

Sekian~~

6 comments:

ratusiput said...

ratu dulu tak ade experience pakai2 cmni sbb dedua anak operate.just dpt pakai pilis...param je...

JR said...

JR juga berpantang, bukan 44 hari tapi 365 hari: pantang makan!!

Tajuk entri terbaru di blog JR: "Penangan Nenek Terrer: Sekali Kena 10 Malam Tak Lena"

izla said...

Ila berpantang dulu xpakai pilis pon. tapi bengkung tak penah miss. gilir2 bengkung Leesa ngan bengkung mak punya.

Aty Fared said...

tak tau lagi macamane nak berpantang nanti..ngah mencarik2 info ni..nak tanyer bidan jugak..:)

mommychaa said...

fuh...dah siap semunye fieza? mommy cha satu haprak pon tak reti tunggu mama dtg ujung mgu nih baru dia bwk kot hihihihi...

Anonymous said...

bertuah awak ni. saya keperluan berpantang saya kena sediakan sendiri.