pada 17 jan 2010, pada pukul 11 malam, saya mula mencari artikel mengenai 'company audit' ataupun juruaudit syarikat bagi memenuhi kehendak tugasan PAU3013 - Pengauditan. Saya mula mencari menggunakan seacrh engine GOOGLE. Saya menaip audit syarikat, tetapi tiada artikel yang relevan disitu. Kemudian, saya lawati laman Berita Harian http://www.bharian.com.my/. Disitu saya terjumpa satu artikel yang mungkin berkaitan dengan tajuk yang dikehendaki. Tajuk artikel tersebut adalah "Penyelewangan dalaman ancaman sektor korporat" yang ditulis oleh Azli Ayob. Setelah membaca artikel tersebut, ia menceritakan tentang kawalan dalaman syarikat yang lemah yang menyebabkan berlakunya penyelewengan. Saya akan mencetak artikel tersebut dan berjumpa dengan lecturer saya (saya dah tukar nama) untuk memastikan samada artikel tersebut memenuhi kehendak tugasan.
macam ni ke yg prof nak kami karang ayat?huhu...macam budak sekolah buat karangan lah..
nampaknya bubu dah mengantuk baca karangan saya ini...tak mau kawan dgn bubu..
No comments:
Post a Comment