Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

26 April 2012

Nak Kurus...boley kerrr??

Assalamualaikum..

Dah lepas pantang berbulan2..
tapi sekarang rasa macam nak pantang balik..
boley?
tu la kan, sapa suruh time pantang wat main2..
okey..itu memang salah aku..
badan sendiri..tanggung la sendiri kan..

Tapi sejak seminggu ni aku dah start 'pantang' balik..haha...
meroyan tengok badan macam di pam2...
berat aku sebelum mengandung 58kg...
dah dekat nak bersalin 69kg..tak naik banyak sangat pun..
lepas bersalin, 62kg..pun tak banyak turun..
sekarang? 63kg ye..
tak sesuai langsung dengan ketinggian aku..
berat aku yang normal range 48-52 kg je...

jadi, bila terbaca petua2 kat Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung dengan semangatnya mencuba..ngeh3


Koleksi Petua Untuk
Mengempiskan Perut Selepas Bersalin

Petua 1: Ambil sebiji limau nipis diperah airnya atau sedikit air asm jawa pekat. Kemudian campur sedikit kapur sirih. Jika dikhuatiri gatal titiskan bersama beberapa titisan minyak mestika, kayu putih, atau minyak berangin lain. Memang diakui gatalnya, tetapi amat mujarab dan amat memuaskan hasilnya. Sapukan pada perut, biarkan ia kering sebentar sebelum memakai bengkung sepanjang waktu berpantang ataupun ketika waktu malam sahaja. Boleh juga dibalut dengan daun sireh sebelum memakai bengkung bagi mengatasi masalah stretchmarks.

(aku dah cuba petua ni..alhamdulillah..nampak jugak perubahan..lagipun senang je nak buat..)

Petua 2: Ambil sedikit cuka , garam dan kunyit dan kisar. Tampal pada perut dan bengkung perut ketika dalam pantang.

(buat jugak..tapi habis baju sume kuning..kunyit kan..)

Petua 3: Ambil sedikit beras dan kisar halus. Juga sedikit cekur, gula merah, air asam jawa dan sedikit air suam diadun kesemuanya, kemudian tapis dan minum. Amalkan seminggu 4 kali.

Petua 4: Ambil Halia lebih kurang 3 sentimeter, limau nipis besar sebiji, sedikit air suam, secubit garam dan lada hitam lebih kurang 15 biji. Kisar dan tumbuk. Adun dan tapis. Minum airnya. Lakukan sehingga mendapat hasil yang dikehendaki.

Petua 5: Ambil lengkuas Padi/Helang/ Ranting - iaitu ubi, daun dan batang ditumbuk halus dan tampal pada perut bertujuan membuang angin. Sekaligus untuk mengecutkan perut. Selain itu baik juga untuk disapu pada badan bagi mengubati lenguh-lenguh badan ataupun sakit sendi.

Petua 6: Ambil asam jawa, jadam dan air mendidih dan adun. Tampal pada perut dan bengkungkan, sepanjang tempoh berpantang.

Petua 7: Ambil beberapa potongan halia dan tumbuk halus dan gaulkan dengan perahan asam jawa yang pekat. Seterusnya makan dengan nasi. Hasilnya, perut menjadi kempis malah pengaliran darah dalam badan juga akan lebih teratur. Wajah anda akan tampak lebih sihat dan berseri.

Petua 8: Daun jambu serta kapur sirih digiling dan disapu pada perut setiap hari sehingga mencapai hasil yang memuaskan.

Petua 9: Ambil lada hitam lebih kurang 2 1/2 genggam. Kemudian tumbuk halus, dicampur dengan sebiji ragi tapai. Gaulkan bersama cuka bercampur air asam jawa. Setelah ramuan digaul sebati, sapu pada perut serta keliling pinggang. Kemudian dibengkung kuat atau ketat.


Petua 3 hingga 9 aku lom cuba lagi...sape dah cuba? jom share..ke ada petua lain jugak..

Selain tu, aku makan jamu yang nenek metua aku buat..pakai bengkung balik..bersenam..tak makan malam..
agak2 turun tak berat aku nanti eh?bulan depan nnt tengok macam mna ye..hihi

harus semangat!!

9 comments:

as ♥ Leenda said...

hehe..saya dah dapat balik berat sebelum pregnant dulu..tp nak dapat balik berat masa bujang mmg tak dapat lah..lagipun kitakan menyusu baby, mana bleh skip makan..ye tak..(alasan) hehe..

izla said...

chaiyok chaiyok..!!!
saya pon nak kembali ke berat pre-pregnancy.

FieZaLieSa said...

as ♥ Leenda:
awk nyusukan baby, leh jgk bg alasan..yg tak nih, cm ne tu..hehe

izla:
chaiyok!
makan masa kn..tp harus sabar..=)

izwahasnan said...

izwa nak bgu tau ni ye... rasanye elakkan munim jus lemon yang tak campur ape2 pagi2... ye... sebab takut usus rosak... kes pernah berlalu pada kawan wa sendiri...

tapi bergantung pada padan sendiri...

heheee... semoga berjaya kuruskan badan...

wa pun nnti nak kuruskan badan balik...

Berat 74kg nak turun 20kg back to 50kg...

rosy.lane said...

jamu buat sendiri ke...?

FieZaLieSa said...

izwahasnan:
thanks ye atas peringatan..=)
jom same2 kurus..
Tp awak kne tggu pas bersalin la..hehe

rosy.lane:
ha'a..jamu wat senri..nenek hasben yg wat..die org jawa..mmg wat jamu..

mama irfan said...

selamat menguruskan badan... sama la ngan kita... nak kurus gakkkk.....grrr

Aty Fared said...

aty sekarang ngan berpantang..tapi sebab c-zer tak ley nak wat pe sangat..redho jer tengok perut ni masih 'kembung' macam mengandung 5 bulan..nak nangis..tak ley nak bertungku bagai..tak ley berbengkung..hurrmm..macamane ek...

FieZaLieSa said...

mama irfan:
selamat jugak untuk awak..hihi

aTy_faRed~:
tak pe aty..nnt luka czer tu dah sembuh..boleh gak try petua2 yg sesuai untuk org czer..insyaAllah..boleh kempis prt blk..tp, aty kn dh mmg kurus..senang lg nk trn...=)