Assalamualaikum..
bersambung kembali di part 2..
29 Disember 2011 ( 11.20 pagi )
setelah selasai sesi bersalam dengan mak dan en. asben, aku pun ditolak masuk ke labour room..nurse mula cucuk jarum kat dua2 belah tangan..tangan sebelah kiri dimasukkan air dan ubat kencing manis, tangan sebelah kanan lak di masukkan antibiotik [sbb GBS +ve]..jadinya kedua2 tangan aku penuh ngan jarum..so, tak leh bangun dah..aku dipasangkan tiub untuk buang air kecil...sangat tak selesa..then, nurse pasangkan CTG..lepas 2 dicucuk ubat untuk bagi aku cepat sakit...
pukul 12 lebey, doc datang wat ve, bukaan baru 3-4 cm..doc 2 cakap kalau anak 1st amik masa lama untuk bukaan 10cm..iaitu dalam 12 jam..fuhh..jenuh aku nak tunggu..
1:00 pm
en. asben masul ke LR..rupanya boleh melawat si isteri di dalam..[cuma time nak bersalin je tak boleh masuk, kononya sebelum ni ada kes suami patient tumbuk doc..so, diorang dah tak benarkan suami ada waktu isteri nak bersalin] lega aku dapat jumpa en. asben..time ni dah rasa sakit 30minit sekali..sakit tak teruk sangat..
tengok, super gemoks..wayar di sana sini
4:00 pm
doc datang buat ve lagi..bukaan still dalam 4cm cenggitu...lama aku rasa duduk dalam bilik 2 sensorang..nurse ada jugak datang jenguk CTG ngan bagi minum air..memang aku tak boleh bergerak..sakit mula datang dengan kerap..memulas2 macam sakit perut..kejap je, lepas tu hilang..waktu ni segala doa yang aku ingat, aku baca...
5:20 pm
en. asben masuk lagi..waktu ni dah tak mampu nak bercakap..sakit dah makin kerap..
7:00 pm
aku rasa sakit sangat2..macam dah tak tertahan...doc masuk je aku bagi tau aku sakit sangat..tapi, bila doc check bukaan baru 5-6cm..Ya Allah..lambat lagi rupanya nak ke 10cm..aku hanya mampu berdoa moga aku cepat bersalin..sebab tak tahan sangat sakit..pecah peluh satu badan..
9:30 pm
dah rasa nak terberak, aku bagi tau nurse aku rasa nak berak..dia cakap jangan teran lagi, sebab kalau teran, nanti kepala baby akan lonjong dan ape tah akan pecah [aku kurang dengar dia cakap] hehe.. macam mana nak tahan tak teran, sedangkan aku nak terberak sangat dah...nurse tu tengok muka aku, nampak sangat muka nak meneran, dia marah..nak nangis rasa time 2..
9:45 pm
serius time ni kalau boleh jerit, aku dah jerit..sakit yang teramat..segala doa aku baca..sakit tak kurang jugak..gelisah aku atas katil..cakap kat nurse aku memang dah tak tahan..nak teran..nurse datang check..lepas tu terus dia panggil doc ngan staff nurse..tak cakap pun bape cm dah bukak..
aku tengok nurse dah pakai baju plastik putih 2, dia cakap, ok aku dah boleh teran..rupanya dah sampai masa aku nak bersalin..
doc dan nurse2 lain masuk, suh aku teran kuat2..nurse jerit panggil nama aku suh teran dan pegang kaki, aku dah teran sekuat hati, tapi still tak boleh...doc cakap dah nampak kepala dah, cepat sikit teran, kalau tak baby lemas..aku dah teran, tapi nurse cakap aku teran kat muka...kira aku tak teran betul2..adoi la..macam mana lagi nih...
time ni dan lagi terpikir, rugi aku tak join kelas antenatal..siyes rugi..kalau tak, tahu cara2 nak meneran..
nurse 2 orang dok urut2 perut aku bagi baby keluar, dua lagi dok pegang peha aku..doc lak 2 orang dok usaha nak sambut baby..ramainya...time ni malu semua tolak tepi..
aku masih lagi berusaha nak keluarkan baby...rasa kesian pulak biar dia lama2 cam 2..tiba2 rasa macam zzzaappp...oh, digunting rupanya..lepas tu nampak pulak alat kaler putih bulat dimasukkan..time ni jugak aku dapat kekuatan nak teran dengan segala tenaga yang ada..akhirnya, alhamdulillah..
10:10 pm
baby selamat tengok dunia...
nurse terus letak atas dada aku..baby tak nangis pun..bergenang air mata tengok dia..comel sangat kurniaan Allah..syukur tak terhingga..then, baby dah mula merengek nak nangis...nurse angkat baby tunjuk kat aku, dia tanya anak apa?? LELAKI.. lepas tu, nurse bawa baby untuk dibersihkan..
10:25 pm
sesi menjahit bermula, lama jugak..tak la sakit sangat..aku tak tau baper jahitan..aku tanya doc, doc cakap sekarang orang dah tak tanya baper jarum dah..tergelak aku..lepas selesai semuanya, datang nurse bersihkan aku..
11:00 pm
nurse bawa baby suh aku nyusukan..tinggal la aku ngan baby je kat dalam 2..terkedu sat..cam mana nak susukan?? aku cuba jugak..tapi baby macam tak nak jer..ke aku yg tak reti?? tak sampai 5 minit, nurse datang amik baby..sebab baby tak boleh duduk ngan aku..sebab mak nye ade GDM dan GBS+ve..jadi diorang nak tengok keadaan baby..
11:++ pm
en. asben masuk, dia dah tengok baby..dah azankan baby..alhamdulillah..dah selesai kat dalam LR, aku ditolak ke wad dalam pukul 12 lebey..sedih, tak boleh tido ngan baby lagi malam 2...=(
tamat lah kisah pengalaman bersalin aku...time kasih kat korang2 yang sudi baca kisah panjang 4 jela nih..aku dah malas nak wat part 3..citer sume je kat sini..tapi...ada jugak nak citer komplikasinye lpas bersalin nih..itu lain waktu la yer..=)