08 December 2011

~ Bicara Hati ~

Hi..

Demam Ombak Rindu belum habis lagi...drama Bicara Hati lak akan muncul...yahoooo! suka sangat...sebab dibuat drama episod..jadinya mesti hampir sama keseluruhan macam novel..(harap2 la) macam Trilogi Cinta tu..puas hati tahu..=)

Jom baca sinopsis dulu



Sinopsis

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

sumber : Alaf 21

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

buat peminat novel sudah tentu la tahu Bicara Hati ni novel karya Damya Hanna..katanya drama ni akan di tayangkan dalam bulan ni jugak di Astro Prima...tarikh die aku tak sure lak bila...tunggu je la promo kat tv...

drama ni 26 episod diarahkan oleh pengarah yang sama dengan OR..sape lagi kalau bukan Osman Ali..

sape pelakonnye?

Sharnaaz Ahmad ~ Tengku Shahran


Kris Chempaka ~ Zahlia


Aku cuma harap best je...tak de la berat mata nak nontonnye..hehe

5 comments:

!k@ said...

nak tengok jugak..novel ni pun ika minat..hehe...

!k@ said...

nak tengok jugak..novel ni pun ika minat..hehe...

aTy _faRed~ said...

dah lame tak bace novel..:)

FieZaLieSa said...

!k@ : same2 kita nntikan ye..=)

FieZaLieSa said...

aTy _faRed~ : sama la..tak sempt nk bc skrg..nnt de baby lg la..hehe