29 November 2011

Best atau Tidak..tunggu aje~~

hi mommies...

hari ni tak ade cerita mak-mak yer..=)

Khamis ni 1 Disember..so, what??hehe..sebenarnya aku tak sabar nak tunggu filem Ombak Rindu...mesti ramai dah tau filem ni adaptasi dari novel Fauziah Ashari..sesape hantu novel cam aku nih, sure dah penah baca..bukan sekali dua..tapi dah berulang kali...cerita yang sangat best..tapi tu kat dalam novel lah...untuk filemnya nanti, aku tak sure mampu atau tidak se'best' novel..

Ombak Rindu.gif

Novel Ombak Rindu

bukan apa...kuciwa daku masa tengok Lagenda Budak Setan dulu..tak menusuk di kalbu langsung tengok filem 2...tak de jiwa Kasyah dalam Farid Kamil..tapi biar la..cerita tu da lepas..

tapi Ombak Rindu ni pun bawah penerbit yang sama dengan LBS, cuma harap tak hancur la jalan ceritanya sebab pengarah dia lain, Osman Ali..pengarah filem CUN..sebab cerita CUN aku suka, aku harap OR pun best jugak di bawah pengarahannya..

bagi aku novel yang diangkat ke layar, iaitu gabungan 3 karya Sharifah Abu Salem dalam drama Trilogi Cinta...memang best...dialog diorang boleh dikatakan hampir sama dengan novel..mayb sebab drama episod kot..sebab 2 tak yah nak short cut kan ceritanye...ye dak..

cewah, kemain lagi aku dok cerita filem bagai, macam la pandai sangat nak komen filem orang..cuma aku sebagai penonton dan peminat novel, berharap filem OR tak menghampakan..

anyway, GOOD LUCK OMBAK RINDU!


Sinopsis Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Sumber: LimauAis

8 comments:

Cik Kamoo said...

Puan Fieza....aloq staq kat mana?? Jgn lupa balik nti pi makan nasi kandaq rstoran mikamal

FieZaLieSa said...

Cik Kamoo : kat langgaq..cik kamoo lak?pas pantang leh p try..hehe

En Fariz & Pn. Huda said...

sy pob tak sbor.... best2....

Natasha Farina Arifin said...

aduhai teringin betol nak pegi tgk cite nih..tapi dah sarat2 nih..macam tak larat sgt dah..tgu kat astro first jelah..kuikuikui

FieZaLieSa said...

En Fariz & Pn. Huda : sabar2..sok kte g serbu...hehe

FieZaLieSa said...

Natasha Farina Arifin : boleh lg 2.. kite lebey kurang je saratnye..wah semangt tul sy...hihi

!k@ said...

ika pun nak tengok cite ni..novel dia mmg baca..wlpn rasa maya karin xberapa sesuai jadi heroin.. =)

FieZaLieSa said...

!k@ : sangat setuju...ramai ckp maya karin kureng sesuai kn..x pe, kte tgk dlu cm ne..=)