Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

06 December 2011

~ Ombak Rindu ~ Filem

Assalamualaikum...

Hari ni 10 Muharram 1433H...ramai yang berpuasa..malam tadi cadangnya hari ni nak puasa..tapi, bila difikirkan, macam tak mampu..takkan nak paksa diri lak kan..insyaAllah, kalau diberi kesempatan, tahun depan boleh puasa yer...

bagi yang berpuasa, Selamat Berpuasa..=)

berbalik cerita asal aku nak cerita sal Ombak Rindu...aku g tengok OR ni kat TGV, Jusco Bukit Raja..suh adik ipar aku belikan tiket..aku suh je beli yang awal sikit dalam kul 10 ker..die cakap dah habis..yang ade cuma 12.30am jer..aku cakap ok la..tapi, seat ada line no 1 ngan 2 jer...yang lain full..itu pun die dah buka 2 panggung untuk OR..semua FULL!!

fuh! terfikir aku, syok sangat kah?klu betul, lega ar..x la macam LBS dulu tu...

so, apa yang aku rasa bila dah tengok?

Jalan ceritanya ok...sama dengan novel..tapi ko jangan harap dialog dia sebijik sejiban la..memang takkan sama..watak2 dalam tu semua menjadi...sesuai..kalau nak tengok Lisa Surihani lain dari watak yang selalu dia lakonkan, memang cerita ni la ko patut tengok..aku suka dia bawa watak Mila..

plot ceritanya dapat dikupas satu persatu, tak de macam tetiba..smooth je...

orang cakap filem ni touching, sampai nangis2...iyer..memang la touching..tapi nape aku tak nangis?aku pun pelik..selalunye citer sedih sikit aku nak nangis...mayb aku x dapat feel 2 kot..cam mana nak nangis kalau setiap scene sedih, orang kat dalam panggung 2 ketawa...aku pun pelik, si aaron aziz 2 nangis bagai nak gila, orang boleh gelak..tak paham aku, aku yang memula nak amik feel pun, terus hilang cam 2 je feel dia..

ada part yang Mila betul2 nangis..memang sedih ar..sambil die nangis 2 dia nak buka cincin kat jari..orang ketawa lagi, sebab cincin 2 tak nak kuar...dah jadi kelakar lak part sedihnye..

tapi bagi sesape yang lom tengok filem nih, boleh la g tengok..best jugak dan tak mengecewakan...bintang? aku x reti la nak bagi bintang2 ni..cuma leh cakap, bila kuar panggung 2, tak rasa nak bakar pun panggung nye..haha..gila macam berani jer...

~Bicara Hati novel Damya Hanna dibuat drama episod..tayangan di Astro..bila? aku tak sure..katanya Disember ni jugak...tak sabar nak tunggu yang ni lak..yuhuuu~~

7 comments:

Pn Syg kpd En. Beh said...

Bile dah ade anak ni, x buleh lg nk g dating ngan En.Beh g tgk wayang. Jap g org lain nangis teresak2, Si Ilham nanges meraung2. Kena tunggu Astro 1st kuar/VCD jer lah nampaknyer~

nuyui a.k.a miss YUI said...

lom peluang nak tgk..huhu..

luvira said...

nak tgk gak!!!TAPI sangat bz sampai tak sempat nak ke panggung...tunggu tayang kat astro first je lar...huhuu

FieZaLieSa said...

Pn Syg kpd En. Beh & luvira : x pe..tunggu Astro 1st je..x lme g mesti dh kuar kn..=)

nuyui a.k.a miss YUI : cpt2 cr peluang..tgk kt wayang feel lebey..huhu

Rosy Sharz said...
This comment has been removed by the author.
Rosy Sharz said...

Hai Fieza...haha, betul tu yg part mila nak tarik keluar cincin dia pastu x jadi...ramai org dalam panggung ketawa...mlm sy pegi tengok movie ni pun, ramai yg gelak2 ...ntah ada part lucu bg diorang kot..hehe...apa2 pun, nak tunggu kat astro first juga nanti..nak tengok semula...mcm ada yg pas. Hihi..yer, sy pun peminat novel juga...

Eh, betul ke novel bicara hati akan di drama kan? x sabar la nak tunggu jga... ^_^

FieZaLieSa said...

Rosy Sharz : nk tunggu astro 1st jugak..ajak en. asben g tgk skali lg, dia dh x nak..hihi

ha'a..boleh cr kt facebook Drama Bicara Hati..