Assalamualaikum..
esok aku kena wat BSP..takut jugak..sebab aku baru kawal makan..cam tak de efek lagi rasanya..
sejak dapat tau de kencing manis, sekarang aku dah boleh makan nasi sekali sehari..amik dalam kuantiti yang sikit je..tak macam sebelum ni, tika lapar je memang carik nasi..hehe..banykkan makan sayur...minum susu @ milo dah tak letak gula...minum kosong je... aku baru tau milo ni tak leh minum selalu, penyumbang jugak la tuk dapat kencing manis...so, pas ni stop terus...boley ke?i'll try...
ok lah aku sebenarnya nak cerita pasal GDM...dah alang-alang aku dapat info pasal ni, aku kongsi tuk sume mummy to be yer..supaya korang leh berjaga-jaga pada peringkat awal...
________________________________________________
Apa itu GDM?
Gestational Diabetes Mellitus [Diabetis Semasa Hamil]
Apa itu Diabetis Semasa Hamil?
Berlaku hanya semasa hamil sahaja disebabkan hormon yang dikeluarkan oleh uri menganggu keberkesanan insulin. (InsyaAllah pas bersalin kencing manis ni akan hilang)
Faktor-faktor Risiko
1. Berat badan lebih 80kg/ BMI >30
2. Sejarah keluarga mempunyai kencing manis (mak aku ada)
3. Sejarah kandungan lalu mengalami GDM
4. Umur >25 tahun (ini pun yer..aku dah 25+1+1)
5. Mempunyai sejarah anak mati dalam kandungan, lahir mati dan keguguran berturutan (lebih 3 kali)
6. Sejarah berat lahir bayi > 4kg
7. Air mentuban banyak
8. Jangkitan disaluran kencing yang berulang
9. Kehadiran glukos dalam air kencing sebanyak 2 kali
Kesan Pada Bayi
1. meninggal dalam perut
2. Macrosomia (berat > 4kg)
3. bahu tersangkut
4. Respiratory Distress Syndrome
5. Jaundis (kuning)
6. mengalami kencing manis II di kemudian hari
7. lewat perkembangan dan pembesaran
Kesan Pada Ibu
1. peningkatan insiden preklampsia (sawan)
2. peningkatan kelahiran dengan kaedah pembedahan
3. kecederaan di bahagian salur peranakan
4. peningkatan insiden jangkitan saluran kencing (UTI)
5. mengalami kencing manis di kemudian hari
Pemeriksaan MGTT
~Ibu hamil tanpa faktor risiko disaring pada 24 minggu kehamilan
~Ibu hamil dengan faktor risiko dilakukan secepat mungkin
(sebab tu aku dah minum air gula 3 kali, disebabkan 2 faktor risiko diatas)
*Sekiranya keputusan MGTT yang 1st normal, ujian MGTT akan diulang pada 20-24 minggu kehamilan, kalau normal, ulang sekali lagi pada 28-32 minggu kehamilan.
Keputusan MGTT
NORMAL
FBS : < 6 mmol/L
2HPP : < 7.8 mmol/L (result aku 7.8)
GDM
FBS : lebilh 6 mmol/L
2HPP : lebih 7.8 mmol/L
MGTT tak normal perlu lakukan BSP
Tanda-tanda HYPERGLYCEMIA (gula lebih dari 8.0mmol/L)
1. Dahaga
(sangat betul, selalu kering tekak..tapi aku asyik minum air sejuk jer..air masak kurang..dah tu selalu wat milo ais ngan air sunquik...sebab 2 la kandungan gula tinggi)
2. Kerap kencing
(ini biasa kot untuk orang mengandung)
3. Letih lesu
(tak terasa sangat sebab malas layan letih lesu ni, kang semua keje tak jalan)
4. Loya dan muntah
(yang ni aku memang pelik..tetiba masuk 8 bulan ni rasa loya balik...muntah2..sampai asben cakap takkan 8 bulan loya lagi kott...hehe...nak tidur je sapu minyak cap kapak)
5. Mata kabur
(semakin teruk mata aku, dulu tak nampak tulisan jarak jauh je...sekarang ni dalam jarak dekat pun aku tak berapa clear)
6. Resah gelisah
(kalu resah time nak tido 2 biasa la kan??)
fuhhh..panjang n3 kali ni..larat ke nak baca?? aku dah rasa macam wat esaimen je..hehe..dah lama tak menaip pepanjang gini...
OK..da~~~
*sok aku cerita aim BSP lak..
nuffnang_bid = "cf09e393b732b65fd94868a4777b7dc2";
document.write('' );