17 November 2011

~Apa Nak Jadi?~

hi..

ade sape2 kat sini PTD x? aku dah apply PTD ni Sept ri 2..berkelayakan sangat lah...he~~

kawan aku cakap, tak susah pun nak jadi PTD ni..suma orang boleh apply..abis belajar je dah boley jadi PTD..tapi banyak kot nak kena interview..soklan die memang powerlah...jenuh nak menjawab...bagi aku, jawab je dengan jujur...

chop! jangan cakap aku riak lak boleh senang2 jadi PTD...bukan yang Pegawai Tadbir Diplomatik tu yer..tapi Penganggur Terhormat Dirumah..hehehe...abis je praktikal Ogos ri tu, dengan hormatnye aku penganggur...

SOALAN yang tak mampu nak jawab bila orang tanya..

dah ngajar ke?

dah posting ka?

bila nak posting??

haiahhh...malas la nak jawab...

JAWAPAN skema aku

saya tak posting lagi...insyaAllah tahun depan kot...borang posting pun belum isi...konvo pun dak lagi...

yang bertanya...hanya mengangguk..oo..cam 2...

ye..macam tu la ceritanya...

tapi

kisah sebenar yang dok bising sekarang posting graduan ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) dibekukan..itu lah hakikatnya..ntah betul atau tidak isu ni, wallahwualam...banyak sangat versinya...tak tau mana satu nak percaya...

so, selagi tak di panggil interview, tunggu je la...lagi pun sekarang hanya pikir nak lahirkan baby dengan selamat...insyaAllah rezeki Allah tu ada kat mana-mana kan?cuma cepat atau lambat...

kawan-kawan yang senasib dengan saya, yang menunggu bila la kita sume ni nak mengajar, sabar ye kalian...

meh aku kongsi sikit pasal isu ni, sebab semalam dibahaskan kat parlimen..

---------------------------------------------------------------------------------

Tanjong Malim, 17 Nov. - Isu pembekuan penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) yang masih 'tergantung' telah dibahas di Dewan Rakyat (parlimen) dalam satu sesi perbahasan Menteri Pelajaran kira-kira jam 5 hingga 7 petang semalam.

Menurut sumber, perbahasan tentang status seluruh graduan ISMP Malaysia telah dibawa oleh YB Salahuddin Ayub, ahli parlimen Kubang Kerian dengan mengajukan soalan lisan kepada Tim. Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Salahuddin Ayub telah mengajukan soalan lisan kepada Tim. Menteri Pelajaran dengan bertanya 'bilakah penempatan graduan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) akan ditempatkan'.

Namun, Dr. Wee Ka Siong dilaporkan mengelak dari memberi jawapan yang jelas dan menyatakan bahawa kerajaan melalui surat JPA 12 Oktober membekukan pengambilan sehingga 31 Disember 2011 disebabkan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang bermula tahun depan.

Dalam pada itu, ekoran tiada jawapan yang jelas, ahli parlimen PAS, Padang Terap, Nasir Zakaria turut membahaskan isu tersebut dan mendesak agar penempatan graduan ISMP ini dilakukan dengan kadar segera.

Katanya "Timbalan Perdana Menteri mencadangkan agar mereka mencari kerja lain. Ini jelas merupakan penghinaan terhadap graduan-graduan UPSI,"

Namun dalam masa yang sama, menurut beliau, guru-guru tanpa ijazah pula diberikan keistimewaan oleh pihak kerajaan dengan diberikan peluang penempatan mengajar dengan sewajarnya.

"Jadi saya minta Kementerian Pelajaran lihatlah isu ini dan selesaikan dengan baik dengan segera " katanya ketika berucap membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 Peringkat Jawatankuasa pada persidangan Dewan Rakyat, 16 November semalam.

*cedok dari : UPSI Kini

9 comments:

aTy _faRed~ said...

tunggu jer lah lepas bersalin nanti.. ni pon tinggal berape minggu jer kan..rehat jer..:)

FieZaLieSa said...

yup..tggu pas bersalin..pas 2 br leh pk sal keje lak..=)

de'orchid said...

aku jwb senang je nurul... transkrip pun xdpt lagik...heee~

FieZaLieSa said...

weh makcik..ko aktif blog gak..aku ingt x dah...hehe..
ha'a..lom amik pun g transkrip..aku byr pon lom...huhu..ko nak amik senri ke?

de'orchid said...

haha..aktif la duk kat umah neh xde keje nak wat..heee~ ko kena bayar ape weh? aku nk p amik sndri...may b next week...

FieZaLieSa said...

ko ptptn ke kpm?kn ri 2 diorng terlebey bankin rm121..kna byr lu..br leh dpt transkrip..

de'orchid said...

owhhhh da lame da aku bank in yg tu... yg rm121 kan.. aku bank in terus kt bank islam.. hihihi...

FieZaLieSa said...

aku leh dok relax g x byr..huhu

de'orchid said...

bukan byk pun...nti nk p amik transkrip pun ley byr kan..hihi.. ko amik sendiri ke ko suh fit yg pos?