Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

26 November 2011

~Petua Mudah Bersalin~

Assalamualaikum...

Dah semakin dekat nak bersalin ni, macam2 cari petua ke tips ke untuk mudah bersalin..
dari segi makanan, amalan seharian hinggalah doa2 untuk mudah bersalin..
sume aku cari info-info yang dapat membantu..
insyaAllah kita berusaha ajer..Allah yang tentukan..

aku nak kongsi sikit petua mudah bersalin yang aku ada baca..

Telur ayam


Ibu-ibu hamil disarankan agar makan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum tiba saatnya untuk melahirkan. InsyaAllah proses kelahiran menjadi mudah.


Aku rasa semua orang makan telur ayam..tapi korang makan ke telur ayam kampung mentah? yang ni aku rasa macam susah je nak ikut..


Air Kelapa

Sebaik sahaja usia kandungan masuk tujuh bulan, banyakkan minum air kelapa agar bayi mudah dilahirkan.


tak jadi masalah..aku memang suka minum air kelapa, orang cakap awal2 peknen jangan minum, tapi aku minum je..untuk hilangkan loya..alhamdulillah ok..


Buah Kurma

Sebaik sahaja disahkan hamil, ibu-ibu digalakkan memakan kurma setiap hari sepanjang tempoh kehamilan dan selepas bersalin. Selain membantu proses bersalin, kurma berperanan memberi tenaga dan mengecutkan rahim.


aku makan je kurma..tapi bukan setiap hari la..ikut mood..hehe..boleh lak cam tu..


Minyak Kelapa

Untuk memudahkan proses bersalin, minum satu sudu minyak kelapa setiap hari bermula selepas kandungan berusia sembilan bulan.InsyaAllah berkesan.


InsyaAllah aku cuba minum bila sembilan bulan nanti.


Lendir Bendi

Semasa hamil, ibu-ibu dicadangkan agar makan kacang bendi. Pastikan kacang bendi direbus terlebih dahulu. Dipercayai lendir pada bendi memudahkan bayi keluar.


Untuk mummy to be yang usia kandungan korang masih awal, elok la makan dari sekarang. Sedap lak bila teringat bendi dalam gulai dan goreng berlada...soodappp!



Moga petua ni dapat membantu..


~Selamat Mencuba~

*semua gambar ehsan mr. google*

4 comments:

Unknown said...

minum air selusuh..air selusuh ni banyak jenisnye..cube cari air selusuh yg dibuat oleh org2 alim @ ustaz..air selusuh yg dibacakan ayat2 suci al-quran..

lagi 1, amalkan doa nabi yunus masa duduk dalam perut ikan..n buleh jugak, bila mlm b4 tido,sapu air selusuh sikit kat perut n usap perut ke bawah sambil baca doa tu..

kite ikhtiar,tp ALLAH tentukan..INSYAALLAH..:-)

FieZaLieSa said...

thanks ayu..

dah dapat dah air selusuh..tapi dah boleh sapu sekarang ke? sebab mak cakap, nanti dah nak dekat bersalin baru urut n minum..

doa nabi yunus setiap malam amalkan sambil usap perut..=)InsyaAllah, moga Allah mudahkan.

mummy ngah ida sht ke?

Unknown said...

ayu mula minum n usap perut dr 7 bulan sampai la dah nak bersalin..

die sihat..laki die balik,makin la sihat..hehehehe..

Puan Aisya said...

thanks for sharing...