28 March 2012

Ikan Kukus di malam hari

hi..

petang tadi en. asben siang ikan besor yang MIL aku bagi hari tu..
2 ekor..besar la jugak..ikan merah ngan ikan apa nama tah lagi satu tu..
ingat nak masak besok la...
tetiba, memalam cenggini en. asben request ikan kukus pulak..pheww~~
katanya nak ratah ikan..nasi tamau..diet!hurmm.. diet ler sangat makan memalam buta nih..
harus lah si isteri yang baik hati ni masakkan..muaahaha..
walau penat, tapi aku rela...ceeewahhh

Resepinya:


ikan yang telah digaul dengan sos tiram dan garam
[en. asben kerat ikan kecik2, kalau nak kukus elok ikan sekor tu dipotong dua atau letak jer sekor]

bahan-bahan yang lain:

bawang putih
bawang besar
halia
cili padi
carrot
bunga kubis
daun sup & daun bawang


setelah semua bahan siap disediakan, taburlah kat atas ikan..
pas 2, letak lagi sekali sos tiram dan garam kat atas semua sayur tu..


masukkan dalam periuk kukus, kukus hingga masak..

ni lah ikan yang sudah dimasak..
[gambar tak menarik, janji sodap..ngeh3]

senang bukan??

ikan kukus ni sesuai sangat la tuk sesaper yang nak berdiet..tak menggunakan minyak langsung!


psssttt ~~ bila perut dah kenyang..mata mula nak tutup..daaaaaaaaaaaaaa

5 comments:

Hani Syahani said...

uih, simplenye..ni sesuai sgt ni kn kalo nk diet..

Hana Soffelia said...

Macam ikan siakap je satu lg tu eh.. sedapnya. Hana pun suka buat ikan kukus.

CikNaa said...

rajin nye mama ni =)

ch@ said...

kita simpan resipi ni. cewah, mentanglah dah ada pengukuskan. hihiii.

mama irfan said...

sedapnya... salam kenal ^_^