14 March 2012

Ubati Jaundice

Assalamualaikum..

Jaundis? deman kuning?
aku rasa semua mummy yang baru bersalin dan m2b risau kalau dengar pasal jaundis ni kan?
sape nak anak die kena masuk wad, meniarap bawah lampu..kena cucuk sana sini..
kesian sangat..aku dah merasa saat tu..menitik air mata..sedih weh..

so, hari ni aku nak berkongsi cara dan ikhtiar yang pernah aku buat masa baby Hadif kena jaundis hari tu..diharap dapat membantu..

tapi harus diingat setiap baby berbeza..tak semua cara yang elok untuk baby orang lain, elok juga untuk baby kita..



1. Perahan air anggur hitam
lenyek2 buah anggur sehingga keluar airnye..ambil sudu kecik dan suap pada baby..
bagi baby minum waktu pagi dan petang..

2. Susu Ibu
rasanya ramai yang dah tahu tentang hal ni..susu awal ibu, adalah yang terbaik untuk elak kuning..aku penah baca kat satu belog nih, die cakap baby die tak kena jaundis pun, sebab die bf baby sebanyak mungkin..kalau baby tido pun, kejut je bagi susu..

3. Ubat cina (daun kuning)
Beli kat kedai cina..rendam daun tersebut dan mandikan baby..
*bagi aku kurang mujarab, sebab bila g check kat klinik, bacaan kurang..tapi baby nampak kuning sangat..so, nurse tak bagi mandi dah..

4. Cool Fever
dapat petua ni dari kazen aku, nurse..die cakap, kalau dia g melawat ibu bersalin, ramai yang letak cool fever ni kat baby diorang..kurangkan panas badan baby..

5. Mutiara Cina
beli serbuk mutiara ni kat kedai ubat cina, bagi baby makan hujung sudu je..

6. Daun Kucai
Mandikan baby dengan air daun ni..ramas daun kucai dan campur dengan air mandian baby..
* aku rasa setakat ni, usaha ni paling berkesan..tak sampai dua hari, bacaan kuning Hadif turun banyak..

semua di atas, adalah ikhtiar aku untuk Hadif masa kena jaundis..
Hadif dah tak dak jaundis pada hari ke11..lama jugak tu..
kalau boleh tak mau anak kena jaundis langsung..jaundis ni bukan boleh dibiar2 dan amik ringan..
sebab kalau dah teruk sangat boleh efek kat otak baby..nanti besar jadi lembap! mintak simpang..

mungkin orang lain ade cara lain pulak..meh kongsi..
sharing is caring
rite??
( ^_______________^)

6 comments:

Hana Soffelia said...

Tktnya.. tq sharing this info.

CikNaa said...

euw.. takmo bayangkan baby xpakai baju then tido dlm tu. skrg pn dh sedih.. hooo..thanks mama hadif!

D Yatie said...

sangat susah hati bila anak kena jaundis... :(

http://notadyatie.blogspot.com/2012/02/jaundis-petua-orang-kampung.html

safiyyah osman said...

Jaundis sgt bahaya pda bayi y umur bwah 14hari,sbb time tu otak baby xkuat..ats 14hri dh ok klu tinggi pun bcaan dr xkan letk bwah lampu dh..

Nak try la bgi adelia mandi air daun kucai tu..

Tq sis:)

.:Mama Dhia:. said...

dhia pun dulu kene jaundice tp alhamdulillah tak teruk..
org kate pokok dukung anak leh ubat jaundice..carenyer rebus pokok dukung anak, pastu mandikan baby pakai air tu (suam2 kuaku)..
nasib baik umah mak banyak pokok dukung anak keliling umah..so terus rebus & mandikan dhia..alhamdulillah, ilang jaundice..

ch@ said...

utk cara paling senang, masa dlm hospital mmg susu ibu je la pulun. cara2 lain, sambung buat di rumah. auni siap kena 3 lampu, pns gila, dh la 1.8kg. adoiii. adli langsung tak kena, pulun susu badan. alhamdulillah. apapun, cara2 di atas mmg insyaALLAH berkesan.