18 December 2011

Bisik-bisik Gelora

hi..

baru beli novel Fauziah Ashari, Bisik-bisik Gelora..
orang cakap syok..aku pun beli la..
baru baca sampai m/s 36..
tatau nak kata syok atau tak lagi..hehe

sekarang ni mood membaca dah semakin kurang..
kalau dulu boleh je tak tido malam baca novel..
sekarang 5 muka surat pun dah menguap..haiya..
mama baby ni dah malas membaca..
lepas ni, kena pupuk balik semangat membaca..
supaya baby mama rajin membaca besar nanti okeh..

Jom baca Sinopsis


Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota.

Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?



*Bila la nak abis baca nih..


10 comments:

JR said...

Entah kenapa tak suka baca novel cinta...

Tajuk entri terbaru di blog JR: "Sekolah Seks Sumbang Mahram Ke Ni"??

ch@ said...

sungguh, terasa nak beli juga. menarik-menarik. harus cari ni.

FieZaLieSa said...

ch@ : sy dh separuh bc nih..baru terasa menariknye..harus beli!

MaryaYusof said...

Cerita ni mcm lain ckitla dr novel lain...Penulis ombak Rindu kan...hehehe... Salam kenal & follow~

Adylia Qarissa said...

Peminat novel yea. Mesti berimaginasi tinggi.

nurmujahidah said...

salaam,, check this entry out please,, kalau join mana-mana daripada 5 benda ni daripada blog muja (bukan akan join),, gitau kat comment k,, t muja review blog awk,, muja follow :D

http://mujadafewa.blogspot.com/2011/12/3-entries-paling-penting-for-year-2011.html

ratusiput said...

betul2...ratu mmg ske bace novel n kumpul novel tp mood membaca skang adalah sgt2 ke laut.tetiap bulan mesti bli atleast satu.stok novel baru ade belas2 tu plastik pun lom bukak.ehehe...ntah bila nk mula bace balik.lg plak skang ni..tajuk novel sme mengancam2 :)

CGG said...

best tau buku nie..
cgg da baca>>:)

selamat membaca dear

FieZaLieSa said...

MaryaYusof:
ha'a..penulis Ombak Rindu..=)

Adylia Qarissa:
time bc je imaginasi kuat..pas ttp buku..kembali ke realiti..hihi

FieZaLieSa said...

ratusiput:
wah..best kumpul novel ni..sy pn sedang gigih kumpul..itu la, bnyk tajuk yg best, harap isi dia pun best!

CGG:
yea..dah abih bc..mmg syok..sbb 2 habis bc awal..=)