Assalamualaikum...
Salam Jumaat
Anak mama kat dalam ni dah 35 minggu sayang...
lagi 5 minggu kite nak jumpa..=) InsyaAllah..
Apa perkembangan kamu kat dalam tu yer??
Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.
Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.
Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar. Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda. Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap.
Apa yang aku rasa?
- makin sukar nak duduk dan bangun..perlu berpaut kat mana2..
- setiap kali tidur mesti kejang dari betis sampai peha..
- kerap buang air kecil, kadang 2 kali bangun pada waktu malam..
- tak boleh tunduk (rukuk)..aku sembahyang duduk atas kerusi, kadang usaha jugak nak sembahyang macam biasa, tapi macam ada tulang cucuk kat perut..
- sakit kat bahagian bawah perut ya amat..
- kaki aku bengkak kadang2 je..pas diurut, surut semula..
itu jer kot..aku bukan nak merungut ye, cuma nak share ape yang di rasa...maybe m2m yang lain pun rasa macam aku rasa...tak semua tau berpeluang rasa cenggini..ni lah dinamakan nikmat mengandung...=)
6 comments:
waaahhh..lagi 5 minggu nak jumpe baby...besh nyerrrrr..!! :)
Hye dear, ada x doc buat test GBS utk u?
fieza! tu dah nak dekat lah tu eh....tasha solat duduk atas kerusi ja..dah tak larat bgn....! berat rasanya..tak lama lagi mommy dpt jumpe baby lah yer...horeeiii! happy for u...!
syoknye mommy fieza.. tak lame lagi boleh peluk cium baby puas2.. best nya! semoga slmt smua oke..
isk kejapnye dh 35mgu ek,....
wpon dh rase sakit2 hati mesti berbunga2 x sabo tgk baby!!! beshnye!
MissRhana : yup..sy ade GBS..u ade ke?
Post a Comment