Lilypie Second Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

15 December 2011

Discharge @ GBS?

Assalamualaikum..

Buat M2B, korang ade discharge? kalau yang normal dan tak bertukar kaler atau bau 2, maybe ok..tapi kalau rasa warna dah kuning kehijauan dan berbau serta wat korang rasa sangat tak selesa, baik jumpa doc untuk check yang lebih detail..

kadang-kadang tanpa kita sedar, ada sejenis kuman yang tiba-tiba muncul sewaktu kehamilan..

Kuman tu namanye Group B Streptococcus (GBS)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GBS ialah kuman yang menjangkiti 15-20% wanita hamil dan selalunya tidak memberi apa-apa simtom langsung. Jarang-jarang, kuman ini akan berjangkit kepada bayi yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru yang teruk selepas lahir. Rawatan antibiotik akan diberikan kepada wanita berisiko mendapat GBS iaitu meraka yang pernah mengalami pecah ketuban sebelum bersalin, kelahiran sebelum 37 minggu, demam atau bayi sebelumnya pernah mengalami jangkitan kuman GBS.

Kuman-kuman ini membentuk satu ekosistem yang tersendiri. Di dalam faraj wanita, usus dan saluran kencing pun begitu, dan GBS ialah salah satu daripada kuman dalam ekosistem ini.


Macam mana nak tau ada GBS atau tak?

Jumpa doc kalau keputihan sangat banyak dan tak selesa, doc akan wat pemeriksaan kat miss V..doc akan amik sample guna macam yang muncung itik 2 [speculum], dihantar ke makmal, pas 2 nanti baru tau result dia [berdasarkan pengalaman aku]


Speculum

Aku disahkan GBS+ve..masa doc bagi tau aku de kuman tu, memang la cuak..dok pikir bahaya sangat tak..efek apa kat baby..tapi doc tak cakap apa-apa pun..pelik..cuma dia bagi antibiotik (penicilin) suh makan sampai habis..

Aku masih blurr apa tu GBS..berat betul mulut nak tanya time tu..aku balik umah, terus google...bila dah baca banyak artikel, lega sikit rasa..tapi still risau...

11/11/11 kena g rujuk pakar kat Hosp.Sultanah Aminah...pakar cakap, GBS ni normal, tak semua ibu yang hamil akan dapat...kalau aku makan antibiotik sekarang pun, tak de apa2 efek..kuman tu still ada..cara nak rawatnya cuma bila air ketuban dah pecah nanti, baru doc akan cucuk antibiotik kat aku masa dalam labour room, supaya kuman 2 tak naik ke baby...sebab bila air ketuban dah pecah, baby dah tak de perlindungan..so, antibiotik 2 boleh menghalang..

kalau sampai kuman 2 kepada baby, boleh efek kat mata baby dan paru-paru dia...mintak dijauhkan la..

cuma sampai sekarang aku tatau kuman ni mai dari mana dan macam mana cara nak hilangkan nya..sebab dah macam2 cara aku cuba nak hilangkan keputihan ni, still ada sampai hari ni...

harap info ni sedikit sebanyak dapat membantu...

moga Allah sentiasa melindungi m2b semua..

6 comments:

amirah said...

takutnyaaa..sekrng baru 28 weeks..rasa mcm sejak kelmarin baru ada discharge ni..betul2 tak selesa..nk pergi gynae pulak sibuk ramai orang nak bersalin..huwaa..takut

mommychaa said...

dulu time anak dara i byk discharge samapi jumpe gynea. tapi alhamdulillah pas kawin n preggie lani xdok pulak discharge...mintak dijauhkan lah...tatotnye!

diary_ciknaa said...

aaaa.. menakutkan. dgr jgak klu prgnant mudah kene jgkitan ni. dlu kawan ciknaa penah kene. teruk sesangat smpai warded..ouw! hope M2B sihat2 je ek..

amal said...

huu saya memang ada discharge. kekadang banyak, kekadang sikit. tapi selalu melekat la kat panty liner. insyaallah next week nak g check dgn gynae. hopefully ok jela

Rina Isa said...

Khas buat PENCINTA HANDBAGS/FASHIONS!
Koleksi yg menarik & stylo serta tips2 berguna.

Kunjungi kami di http://mrsladysstylo.blogspot.com/

TQVM! :)

!k@ said...

ika pun ada discharge..tp sikit n xberbau..ingatkan normal..
pas masuk sepital..dr amik sample..rupanya ada infection fungus candida sp..sejenis kulat..huhu..
takut gak..